Letupan di Moscow Airport: Selamatkah?

Assalamualaikum w.b.t

Walaupon saya tidak pernah ke Moscow, namun saya terkesan dengan berita letupan di lapangan terbang Domodedovo kerana saya juga selalu tidur di airport dahulu kala. Bagi yang belum mengetahui berita ini, boleh baca di BBC News. Di sebabkan bahagian “Arrival” boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan keselamatan, memang sukar untuk memastikan keselamatan sesebuah airport sehingga ke tahap 100%.

Tahun demi tahun, saya perasan setiap airport dipertingkatkan keselamatannya. Mula-mula dilimitkan “liquid” yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin. Kemudian security check diperketatkan sehingga masa kebiasaan untuk di check yang setengah jam, menjadi 1 jam lebih. Laptop perlu di “on”. Kemudian kasut pon perlu dibuka dan di scan. Terbaru (takdelah baru sangat), siap guna imbasan bogel yang mendapat kritikan banyak pihak, terutamanya wanita (tidak kira agama apa). Namun itu semua belum mampu menjanjikan keselamatan airport ke tahap maximum.

Saya cukup tak faham, macam mana seorang manusia boleh letupkan diri di satu airport yang sesak, membunuh orang-orang yang tidak bersalah, untuk tujuan tertentu. Benda macam ni sememangnya boleh terjadi kepada sesiapa, sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi semasa kita di airport. Dalam kita seronok-seronok bersama kawan-kawan, tiba-tiba ada letupan di hadapan kita. Tak dapat saya bayangkan macam mana. Jadi, walau  dimana pon kita berada, ingatkan lah diri kita kepada mati, kerana mati itu pasti.

Dalam masa yang sama, jangan kita abaikan nasib keluarga kita di Palestin yang setiap masa berhadapan dengan serangan zionist.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!