Maher Zain: Insya Allah Ada Jalannya

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya perasan lagu Insha Allah dari Maher Zain dah keluar versi Melayu  Jom dengar 🙂

Maher Zain – Insya Allah (Malay Version)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar…

(Ulang korus)

Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan

——————————————————————

Dalam menghadapi kehidupan seharian, kadang kala kita menjadi sesak nafas memikirkan dugaan yang tiba. Kita buntu dan tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan pada hari-hari akan datang. Kadang kala kita terperangkap dengan dosa lampau dan tidak tahu bagaimana untuk berubah. Kita merasakan diri kita sudah tidak berupaya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Namun, ketahuilah Allah sentiasa mendengar luahan hati hambaNya. Jom sama-sama kembali pada Allah dan mohon petunjuk dari Nya.

One thought on “Maher Zain: Insya Allah Ada Jalannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!