Masalah Lagi… Lari!!

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya ada tak sesiapa yang tak pernah ditimpa masalah samada kecil ataupon besar? Kalau ada marilah perkenalkan kepada saya ๐Ÿ™‚ Apa yang saya pasti, tiada seorang pon hamba Allah yang tidak pernah diberi ujian dalam hidupnya. Perbezaannya cuma bentuk ujian dan bagaimana seseorang itu berhadapan dengan ujian atau masalah tersebut. Namun, ramai juga yang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari masalah sehingga masalah itu kejar balik dan datang bertimpa-timpa.

Jadi, hari ini saya mahu kongsi mengenai lari dari masalah ni, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Pengalaman ini khas kepada rakan-rakan dan pembaca blog saya yang berhadapan dengan situasi yang sama atau pon mungkin akan menghadapi nya. Sebelum ini, apa yang saya plan, semuanya berjalan dengan baik. Boleh kata, apa yang saya nak, saya dapat. Namun, berada di sini (Jerman) seperti ada satu bukit yang besar dihadapan laluan saya sehingga begitu sukar untuk saya lepasi. Kadang-kadang sesak nafas saya memikirkan cara untuk mendaki.

Lari dari Masalah

Sedar tak bahawa dugaan akan datang sepanjang kehidupan kita. Jadi kalau kita lari dari masalah sekarang, apa akan jadi 10 tahun nanti? Yakin ke kita bahawa 10 tahun akan datang, kita hidup aman dan tiada dugaan? . Dugaan yang mungkin mendatangi kita adalah dalam bentuk kehidupan peribadi, kewangan, keluarga, pekerjaan dan macam-macam lagi.

Lari dari masalah akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri, berasa diri tidak berguna, mengurung diri dari masyarakat, menjauhkan diri dari Allah dan malas untuk berbuat apa-apa. Jika berterusan begini, hidup kita mungkin akan musnah kerana masalah baru pasti akan datang dan kepala akan berserabut dengan lebih teruk.

Jadi jika anda tergolong dalam orang yang begini, bangkitlah sekarang, berdoa pada Allah supaya diampunkan dosa lalu dan mohonlah bantuan dari Allah supaya diberi ketenangan jiwa dan petunjuk. Itu adalah langkah pertama yang sangat penting untuk berhadapan dengan masalah.

Mulakan hari yang positif

Apabila datang masalah, pasti ramai yang lebih suka tidur untuk mengelakkan dari terus berfikir mengenai perkara tersebut. Namun, apabila bangun di pagi hari, kepala akan teringat masalah semalam dan menyebabkan diri malas untuk berbuat apa-apa. Akibatnya kita akan tidur semula. Jika berterusan begini, kita akan menghadapi masalah tidur yang terlampau banyak dan boleh “membekukan” otak.

Hari yang baik bermula dengan pagi yang ceria dan positif. Jadi bangun dan mandi (basuh kepala sekali) supaya kita segar di pagi hari. Seterusnya solat dan mohonlah pada Allah supaya memberikan permulaan hari yang baik dan mengakhiri hari kita juga dengan baik. Mohon juga supaya Allah memberkati apa yang kita lakukan untuk hari ini.

Jika masih berasa resah, istighfar berkali-kali dan tarik nafas dalam-dalam. Sangat penting juga jika kita melakukan senaman ringan di pagi hari atau sekurang-kurangnya stretching supaya rasa lebih bertenaga dan tenang. Kalau tak percaya, cubalah.

Jangan mengurung diri

Keluarlah dari rumah kerana berkurung dalam keadaan yang lama boleh menyebabkan “otak jadi beku”. Dan pastikan keluar pagi-pagi supaya diri menjadi segar. Apabila berada di luar rumah, kita mungkin akan membantu nenek menaiki bas, dan nenek itu akan senyum pada kita. Mungkin dalam perjalanan, ada orang mintak tolong tunjukkan jalan dan kemudian mengucapkan terima kasih . Kita juga mungkin melihat gelagat kanak-kanak yang comel menyebabkan kita tersenyum keseorangan. Mungkin payung seorang makcik terjatuh, dan kita tolong pulangkan pada makcik tersebut. Semua ini boleh memberikan mood yang positif pada kita dan kita tidak akan rasa keseorangan. “Oh, aku masih boleh tolong orang rupaya!!

Minta bantuan dari kawan

Jangan sesekali simpan masalah sorang-sorang diri. Bila kita simpan saja, lama-lama kita rasa seperti duduk dalam satu bilik kecil yang tiada tingkap dan pintu. Tiada cara untuk keluar dari bilik tersebut. Cuba kita fikir, berapa ramai manusia di muka bumi. Pasti tersangat ramai, kan. Tak mungkin tiada langsung manusia yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan kita. Jadi, jangan berat mulut untuk minta pendapat. Walaupon orang tersebut masalah nya tak sama, tapi mungkin dia pernah mendengar masalah itu dari orang lain. Sekurangnya apabila bercerita, kita akan dapat banyak option untuk menyelesaikan masalah. Bilik yang kecil tadi tiba-tiba terasa ada pintu dan tingkap. Maknanya, kita boleh keluar dari bilik tu. Yea!!

Tindakan perlu diambil secepat mungkin.

Sekarang option dah ada. Kita cuma perlu memilih dan melakukannya. Mesti perasan, selagi kita belum ambil apa-apa tindakan, hati kita tak mungkin tenteram. Jadi, list kan setiap option yang ada, dan buat satu persatu. Jangan gopoh. Jangan fikir “takut tak berjaya” ย sebab segala hasilnya nanti bukan kita yang tentukan tetapi hanya Allah. Yang paling penting usaha!! . Selagi kita tak berusaha, selagi tu kita tak tenang.

Cari kegiatan yang mengembirakan kita

Bagi merasakan diri lebih berguna, cari kegiatan yang kita sukai dan buat pada masa lapang. Kalau suka menjahit, jahitlah dan kongsikan dengan orang lain di internet. Kalau suka photography, ambil gambar dan letakkan dalam blog untuk perkongsian dengan orang lain. Kalau suka memasak, masak dan kongsikan resepi dalam internet. Apabila kita kongsikan sesuatu skill yang kita ada bersama orang lain samada di alam nyata atau maya, kita akan merasakan diri kita berguna untuk orang lain. Ini membuatkan kita rasa positif.

Jaga hubungan dengan Allah.

Hati kita sangat mudah berbolak balik dan hari ini kita mungkin rasa sangat dengan dengan Allah, tapi esoknya semakin jauh. Sebabnya kita adalah insan (manusia yang pelupa). Jadi nak taknak, sangat perlu kita sentiasa berusaha menjaga hubungan dengan Allah kerana hubungan yang baik dengan Pencipta ย akan menjadikan diri kita tenang.

Semoga kita sama-sama berusaha untuk berhadapan dengan setiap masalah yang datang. Alhamdulillah saya mempunyai suami yang sentiasa me motivasikan diri saya ๐Ÿ™‚

2 thoughts on “Masalah Lagi… Lari!!

  1. Fauzana

    Salam… saya kawan Wid Ayu yg pernah dulu tinggal di Homburg, Germany.. Saya pula skrg tinggal di Kaiserslautern Germany.. Ingin menambah lebih ramai kenalan di Germany ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!