Muslim produktif, Mula dari pagi

Assalamualaikum w.b.t


Muslim Productive

Kita mesti ada impian nak jadi seorang muslim yang produktif, bukan jenis yang lembik dan lembab. Hidup ini sangat singkat, maka satu kerugian yang besar jika kita gagal menjadi muslim yang produktif. Muslim yang produktif bukan setakat solat, puasa, bayar zakat dan sebagainya, tetapi masanya digunakan sebaiknya untuk diri dan juga masyarakat. Namun, jalannya bukan mudah. Untuk menjadi muslim yang yang lembik, tak perlu berbuat apa2, cukup sekadar bermalasan seorang diri.

Saya pernah terbaca,  “Kalau kita berjaya manage masa, kita pasti boleh buat apa saja”.  Setiap orang ada masa yang sama, 24 jam sehari tetapi saya selalu terfikir, kenapa seseorang itu boleh berjaya dalam kerjayanya, dalam masa yang sama boleh bersama masyarakat dan turut berdakwah. Saya mengambil contoh Abu Hanifah (Imam Hanafi) yang merupakan seorang peniaga yang sangat berjaya dan jujur dalam berniaga. Dalam masa yang sama Imam Hanafi juga menuntut ilmu dari ramai ulama’ serta mengajarkan ilmu-ilmu itu kepada anak-anak muridnya. Jika tidak produktif, masakan ramai pengikut mazhab Hanafi di dunia ini.

Time management yang baik mesti bermula sebelum subuh, seperti dalam video kat atas. Sekiranya kita berjaya bangun sebelum subuh, mandi dan terus solat, hari kita akan bermula dengan baik dan inshaAllah akan berakhir dengan baik. Semenangnya saya merasai kemanisan bangun sebelum subuh, namun tersangat sukat untuk consistent setiap hari. Itulah yang dikatakan penyakit “MALAS”.

Apa yang berlaku jika kita lambat bangun:

Bayangkan kita mempunyai satu hari sahaja untuk berjalan-jalan di Granada. Plannya, pagi, lepas makan pagi ke Al Hambra. Tengahari pula solat dan makan. Petang, jalan-jalan di city. Kemudian makan dan solat. Malamnya ke Al Baicin.

Tiba-tiba pagi itu kita bangun lambat. Mesti semangat kita jadi kurang sebab terpaksa lewatkan masa ke Al Hambra dan terkejar-kejar untuk buat aktiviti seterusnya. Plan kita menjadi cacar merba. Begitulah lebih  kurang impak memulakan hari lewat.

Padanlah orang-orang dulu kata “Bangun lewat, rezeki tak masuk”. Sebabnya hari kita bermula dengan tergopoh gapah boleh membuatkan mood kita “swing” untuk satu hari.

Saya memang berusaha untuk berjaya dalam langkah pertama ini, tetapi saya akui ianya sangat sukar, walaupon saya mempunyai role model yang baik dari kecil, iaitu baba, mama, che dan tok. Namun, saya tidak mahu menjadi muslim yang lembik dan tidak memberi apa-apa faedah kepada masyarakat. Jadi saya mesti berubah dan saya harap yang sedang membaca tulisan saya ini juga berusaha untuk berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!