Frau oder Mädchen?

Assalamualaikum w.b.t

Tengah menunggu di traffic light tadi, saya terserempak dengan beberapa budak sekolah rendah, jadi saya pon senyum kat budak-budak perempuan tu.

Tiba-tiba seorang budak perempuan menyapa. (Dalam Bahasa Jerman, tapi saya translate lah).

Budak sekolah : Hallo
Saya: Hallo
Budak sekolah : Orang Turki ke?
Saya: Tak lah, dari Malaysia
Budak tu pon sepetkan mata dia.
Saya: Eh, tu China atau Korea, saya dari Malaysia 🙂
Budak sekolah: Ye ke. Tapi mata awak sepet macam ni (sambil sepetkan mata dia lagi).
Saya tergelak je. Dalam hati (rasanya mata aku ni takdelah sepet pon).
Budak sekolah : Mädchen oder Frau? (Budak perempuan atau dewasa?)
Saya: Frau (sambil tergelak).

Lepas tu lampu isyarat hijau, jadi kami pon tschüs (bye bye).

Adakah saya seperti seorang budak sekolah sebab galas beg?? (hihihi). Terima kasih kat budak perempuan tadi sebab telah menceriakan hari saya:)

——-

Teringat kisah di sebuah masjid di Köln. Masa tu saya dan Ilham berehat-rehat dalam masjid sementara nak solat. Dalam tu ada ramai budak-budak lelaki dan perempuan. Masjid di sini memang selalu ada aktiviti hujung minggu.

Lepas tu ada sorang budak lelaki yang comel datang kat kami, tanya umur kami. Jadi kitorang pon cakaplah 20 tahun. Budak-budak tu tak percaya, sampai tanya banyak kali. hihihi. Budak-budak tu ingat kami ni sekolah lagi. 🙂

5 thoughts on “Frau oder Mädchen?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!