IMS Fraunhofer : Praktikal ke 3

Assalamualaikum w.b.t

Sejak kebelakangan ni, saya teringat Praxis yang saya buat di Fraunhofer Institut beberapa tahun lepas.

Fraunhofer Institut IMS, Duisburg

Mengikut sistem di Jerman, pelajar perlu melakukan industrial training yang dipanggil sebagai Praxis. Praxis ini perlu dilakukan pada semester ke 5 iaitu selama 5 bulan (1 sem), dan tempat nya terpulang pada individu. Hati saya memang berdebar-debar untuk mulakan Praxis disebabkan jangka masa nya yang agak panjang berbanding Praktikal 1 dan Praktikal 2.

Saya berusaha mohon tempat Praxis 2 bulan sebelum semester bermula, namun minggu pertama semester baru, saya masih belum mendapat mana-mana tempat lagi. Boleh dikatakan banyak juga lah permohonan yang dihantar, tapi kebanyakannya tidak membalas ataupon mendapat balasan yang negatif. Apabila semester baru bermula, kami hanya ada masa 2 minggu sahaja untuk terus mencari tempat. Saya dan kawan saya hampir2 berputus asa dan kalau tak dapat juga, kami terpaksa tunda Praxis ni ke semester yang lain.

Satu hari, semasa di Fachhochschule(FH)(Universiti), tiba-tiba saya dapat panggilan dari seseorang. Yang kelakarnya, saya tak dapat tangkap apa nama dia, cuma perasan yang dia ni dari Fraunhofer Duisburg. Alhamdulillah saya dipanggil untuk interview keesokan harinya. Balik saja dari FH, terus cek balik email2 application untuk tahu siapa nama yang telefon tadi. Memang kelakar, maklumlah diri ni tak berapa cepat tangkap bahasa Jerman ni. Nak menunggu hari esok tu pon berdebar-debar hati ni.

Jadi pagi esoknya saya ke Duisburg untuk interview. Perjalanan dari rumah ke Fraunhofer tu memakan masa 1 jam. Boleh tahan juga lah lamanya, tapi tak kisah, asalkan dapat tempat. Masa interview tu, supervisor tunjukkan lab tempat saya bakal bekerja dan juga sekeliling kawasan. Alhamdulillah, interview tu sangat sekejap dan takde apa2 yang susah.

Hari pertama bekerja

Saya perlu sampai di tempat kerja antara 07:30 hingga 9:00 . Hari pertama saya sampai dalam pukul 8:30 sebab supervisor suruh sampai masa tu. Lepas tu dia bawak pergi lab, dan kemudiannya terangkan projek yang kena buat. Masa tu saya memang sangat blur, tak paham apa yang dia nak. Yang saya tahu, dia nak  saya programkan sensor untuk ukur berat. Contohnya sensor tu akan diletakkan di katil2 hospital, dan nurse boleh memantau dari computer sahaja untuk ketahui samada pesakit bangun dari katil ataupon masih berada di katil. Lebih kurang macam tu lah. Lepas tu dia tunjukkan tempat kerja saya , terus dia balik bilik.

Projek ni sebenarnya dimulakan oleh seorang student dari Universiti Duisburg, tapi baru peringkat permulaan. Saya usha komputer, tak tau nak buat apa, blur. Saya try buat program, tapi macam tak paham apa2. Beberapa hari jugalah saya macam tu, sampai kadang2 rasa nak menangis. Programming yang saya kena buat tu guna C, dan saya memang belajar C.  Tapi masalahnya saya tak belajar network communication. Memang sangat blur, sampai kan nak open socket pon tak tau, nak sambungkan client dan server pon tak tau.

Progress yang sangat perlahan

Disebabkan banyak yang saya tak tau, dan semuanya kena belajar sendiri, progress kerja saya tersangatlah perlahan. Bila ada perkembangan, supervisor pon happy, tapi bila macam dah tak reti nak buat, supervisor pon tension dengan saya. Selama beberapa bulan tu saya rasa sengsara sangat dan tak  tau boleh siapkan ke tidak projek tu. Sebenarnya saya sangat suka kerja macam tu sebab banyak buat programming. Sangat menarik. Cuma sebab banyak kena belajar sendiri, jadi tertekan sangat.

Penyelamat.

Lepas beberapa bulan, tiba-tiba datang seorang student dari Universiti Duisburg yang akan tolong saya siapkan projek tu. Masa tu saya tersangatlah bersyukur, sekurang-kurangnya ada orang boleh ajar untuk pahamkan apa yang kami buat. Alhamdulillah, sehari sebelum kontrak habis, kami berjaya siapkan projek tu dengan jayanya. Rasa seronok sangat.

Ini adalah inHaus (intelligent home) yang dijadikan tempat untuk test projek yang dibuat. Rumah yang diidamkan untuk masa hadapan, semuanya automatik, main tekat2 suis saja. Seronok, akhirnya saya dapat masuk rumah ni untuk testing.

Praxis ni membuka mata saya kepada programming yang menyeronokkan dan rasa lebih seronok dari major yang diambil pada masa tu (Power Engineering). Sejak dari tu jugalah saya belajar untuk tidak takut kepada IT/Komputer.

Selama “bekerja” dapat saya rasakan betapa penatnya bekerja. Keluar pagi, balik petang. Lagi stress bila masa winter. Keluar gelap, balik pon gelap sebab perjalanan pergi balik, 2 jam.  Tapi yang bestnya, Fraunhofer Institut Duisburg ni dekat dengan surau Universiti. Jadi saya boleh solat jemaah setiap hari. Itulah perkara yang menenangkan hati saya. Sangat cantik Allah aturkan masa untuk solat kerana solat itu adalah masa untuk berehat dan mengadap Allah setelah penat melakukan urusan harian.

5 thoughts on “IMS Fraunhofer : Praktikal ke 3

  1. najwa osna

    salam k.huda.. cmna nk bg minat programming ek?? najwa smpai skarang dh sem 5 e-technik still x rasa minat programming.. nex sem ada 2 subject programming.. microrechner n embeded syst.. dua2 guna prog c.. kasi lar tips sket2 kat huda spy bleh minat programming nh…hehehe

  2. huda Post author

    najwa:
    akak takde lah pndai mana programming, cuma minat je… bagi tips2 simple boleh lah…hihi

    1) jgn anggap programming tu monster..huhuh… anggap tempat main2 (try n error) …. kalau buat2, tak dapat mcm yg nak, mmg tension, tapi bila dapat , best sgt…

    2) fikir result yg kita nak dulu baru program kan….

    3) kena ingat, kita ada ramai kawan kat internet.. ramai org yg buat programming sama ngan kita… kalau tak tau, search je guna apa2 keyword…

    4) jgn takut nak tukar apa2 setting kat computer… computer kan tempat permainan… kalau ada masalah, boleh search je… pakcik google sedia membantu..

    hahaha, tu jelah dulu tips akak kali ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!