Jatuhnya kuasa yang zalim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah pemimpin yang zalim dan sombong akhirnya terpaksa berundur. Baru saja beberapa hari Hosni Mubarak begitu sombong mengatakan dia tidak akan berundur dari kuasa presidennya. Tapi kuasa Allah siapa yang mampu melawan?

Selepas 3 dekad memerintah, saya rasa apa yang orang boleh ingat pasal Mubarak ni, lebih kepada kezaliman yang dilakukan pada rakyat Mesir dan Palestin. Sayang sekali apabila kita tidak menggunakan masa hidup yang Allah bagi ni untuk berbuat kebaikan pada manusia yang lain. Moga-moga Mubarak menginsafi segala kezaliman yang pernah dilakukan pada seluruh rakyatnya.

Sama-sama kita doakan semoga Allah memberikan laluan mudah kepada rakyat Mesir untuk menghadapi kehidupan seterusnya dengan lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!