Kehidupan

Keindahan Alam di Zoo Köln

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas, saya berpeluang ke Köln bertemu dengan adik-adik yang baru sampai dan juga rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu. Syukur sangat kerana Allah berikan kami peluang ini. Köln pada saya, bukan tempat yang sangat menarik untuk berjalan-jalan tapi, kalau nak hidup di Köln, serba serbi lengkap. Tempat yang paling best kat Köln ialah zoo sebab di zoo kita boleh menikmati keindahan ciptaaan Allah yang tiada bandingan.

Dalam musim yang masih winter ini, warna flamingo yang terang menceriakan saya. Flamingo ni tak perlu buat aksi2 pon untuk mengembirakan manusia, cukup dengan menayang warnanya yang cantik. Kaki yang halus membuatkan saya kagum. Macam mana kaki flamingo tu tak patah, dan boleh menampung badannya yang besar.hihihi. Kadang-kadang tak tercapai dek akal ni untuk memikirkan kekuasaan Allah.

Inilah haiwan yang paling aktif di zoo tu, sampai kami boleh perhati gelagat diorang lebih dari setengah jam. Tengok ibu yang memeluk erat anaknya. Terharu sangat. Lagi kelakar bila tengok baboon ni berebut-rebut nak tangkap makanan.

Rasanya semua orang suka tengok penguin sebab mereka ni memang comel. Kalau tengok cara penguin berjalan, mesti tersenyum sebab memang sangat comel.

Subhanallah, singa laut ni sangat bijak. Boleh main bola, cari botol,  tepuk2 tangan, boleh buat2 malu. Siap kiss lagi.

Mata zirafah tu cantik sangat. Tengok pula rusa-rusa tu, berbaris, kusyuk perhatikan sesuatu. Saya pon tak tau diorang tu perhati apa. Gajah-gajah tu pula kena duduk dalam rumah sebab cuaca sejuk. Nasib baik rumah pon besar.

Memang tenang kan berada di alam ciptaan Allah ni, sebab haiwan-haiwan tu pon berzikir pada Allah. Pokok-pokok, air yang kita tengok pon, berzikir pada Allah. Inilah antara nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Bila hati kusut, tengok bunga, tengok tasik pon boleh menenangkan jiwa. Subhanallah.

“Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah yang maha Perkasa, maha Bijaksana”. As-Saff(61:1)

Moga-moga Allah bagi peluang lagi untuk bersama rakan-rakan. Amin..

One comment

  • ibu
    February 24, 2011 - 17:33 | Permalink

    assalamualaikum. syukurilah nikmat Allah yang melimpah ruah. allah rezekikan dapat berjalan jauh untuk meluaskan pandangan dan meneliti penciptaannya.Tahniah.

  • Leave a Reply to ibu Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress