Kenapa Tulis Blog?

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak menganalisa dan muhasabah diri, kenapa sebenarnya saya terus menerus menulis di blog ni. Menulis dan membaca memerlukan masa, jadi saya cuba sedaya upaya menulis sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada diri saya dan sesiapa saja yang membaca. Maklumlah, masa itu sangat berharga dan setiap apa yang kita tulis akan di “catit”.

Saya  mula menulis untuk menceritakan pengalaman bercuti di eropah sebagai kenangan manis  dan sebagai panduan untuk yang ingin bercuti di eropah. Tapi masih banyak tempat yang belum saya tulis, UK, Jerman, Netherland dan Austria. Kena belek balik gambar-gambar lama baru boleh menulis kembali. Ni kira dalam checklist untuk masa akan datang.

Kemudian, tiba-tiba saya ada minat nak menjahit manik. Saya belajar melalui buku dan internet,  memang mudah lupa. Jadi saya pon tulis tutorial asas jahit manik sebagai panduan saya dan juga sesiapa sahaja yang datang ke blog ini. Tapi sekarang dah takde masa untuk menjahit, inshaAllah akan sambung balik dalam masa akan datang sekiranya memerlukan.

Saya juga ada pengalaman beberapa tahun dalam Ebay serta bisnes kecil-kecilan dan saya perasan semakin ramai yang menceburi Ebay.  Jadi saya pon teringin berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang tersebut di blog baru saya, bicarabiz.co.cc .

Selain itu, blog ini saya jadikan tempat untuk promote website Nasyid-Online.com secara indirect. Website ini dibangunkan oleh kami beberapa tahun lepas. Niat asal kami untuk mengumpulkan koleksi nasyid, namun, Nasyid-Online.com bertukar menjadi koleksi ceramah, nasyid, program tv, motivasi dan sebagainya. Jemputlah ke Nasyid-Online.com .

Masa mula-mula dulu, nak tulis 1 post sebulan pon rasa susah. Kemudian saya cuba 1 post seminggu. Bila dah kerap menulis ni, bertambah-tambah pula idea. Jadi sekarang saya dah boleh menulis lebih dari 1 post seminggu (dalam 3 blog). Alhamdulillah.

Bila saya tertarik dengan Paint.net, saya mula menulis tutorial. Sebabnya? Saya ni mudah lupa step2. Alhamdulillah, skill saya bertambah dari semasa ke semasa melalui tunjuk ajar sifu saya. Kalau nak tengok pasal edit gambar, buat poster, boleh ke easyfoto.co.cc. Tapi warning : Saya masih newbie.

Kalau di Malaysia, saya mula masukkan tempat2 yang saya dah pergi dan juga makanan yang best di Malaysia. Tak sabar nak balik Malaysia, nanti boleh jelajah tempat2 yang cantik.

Pendek kata, saya menulis sesuatu yang saya rasa boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca sebab saya rasa bersalah sekiranya menulis benda yang tidak berfaedah. Semoga saya tidak tergelincir semasa menulis. Amiin

2 thoughts on “Kenapa Tulis Blog?

  1. Rahsia Nuffnang

    Banyak sebab orang tulis blog..ada sesetengah tu kadang2 tulis untuk membina kredibiliti and ada sesetengah tu saje suka2 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!