Manage Email dengan Pop Peeper

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari ni saya rasa makin berserabut dengan email. Saya perlu join banyak Yahoo Group, menyebabkan email yahoo saya jadi berkecamuk. Jadi untuk email yahoo group menjadi lebih tersusun, semua notification dari Yahoo Group, saya tukarkan ke gmail sebab email gmail lebih sistematik dan mudah di cari semula. Alhamdulillah, makin OK.

Tapi masalahnya saya ada 1 email yahoo, 4 email gmail dan 1 email hotmail. Jangan tanya kenapa banyak sangat email saya….hihi .. Semuanya ada fungsi tersendiri. Email untuk beberapa akaun ebay & paypal + email join forum, shopping, blog & social network + email kegunaan kerja & pengajian. Oh memang banyak. Disebabkan saya ni cepat rasa berserabut, saya kena ┬ácari jalan untuk selesaikan masalah ni. Saya yakin ramai lagi orang lain yg bermasalah seperti saya.

Cari punya cari jumpalah Pop Peeper. Nak download dan install, sekejap saja. Semua email saya yang banyak tu, boleh saya masukkan dalam Pop Peeper. Yang bestnya, saya boleh read, reply semua dalam tu tanpa membuka akaun asal satu persatu. Bila ada mana-mana email yang masuk, kita akan dapat notification di Taskbar (bergantung kita nak POP Peeper check setiap berapa minit).

Akaun email kita boleh diasingkan melalui warna. Nampak tak colourful tu?… Buat masa ni saya berpuas hati dengan pop peeper. Masa mula2 guna, pop peeper ambil masa sikit untuk retrieve email. Kena bersabar. Email dari Yahoo lagi lama nak start retrieve. Tapi inshaAllah, lepas tu ok lah. Pastikan update Plugin Webmail yang latest.

Saya ada juga cuba email notifier dari chrome extention. Tapi yang saya install tu kurang best sebab akaun gmail dilimit kepada 3. Kalau guna yg crome extention ni, kita akan dapat notification dalam browser.

Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan memasukkan segala jenis email akaun ke dalam satu gmail akaun. Yang tu saya tak cuba sebab saya rasa pop peeper ni dah best. Moga email saya lepas ni lebih terurus dan saya tak rasa berserabut dah. Amiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!