Ubat Penyakit Hati

Assalamualaikum w.b.t

Penyakit ย hati ni buat diri kita terseksa tak? Ada ke orang yang bila sakit hati, dia makin gembira? Ada ke orang bermasalah mental jadi makin ceria? Ada ke orang yang suka prasangka buruk, seronok dalam hidupnya?

Kalau badan kita lemah dan sakit, contohnya demam, batuk, luka, kita pergi jumpa doktor, ambil ubat. Kemudian kita makan ubat, berehat dan dengan izin Allah kita pon sembuh. Tapi kalau hati kita yang ada penyakit, boleh ke kita jumpa doktor, ambil ubat? Ubat yang mungkin doktor akan bagi cuma ubat penenang. Kita pon tertidur, tapi lepas tu? Maknanya ubat tu cuma membantu kita lega buat sementara waktu tapi penyakit kita tu masih lagi ada.

Hati yang dimaksudkan ni bukan yang fizikal, tapi yang banyak berkait dengan perasaan. Kita sendiri pon tak pasti kat mana letaknya hati tu.

Badan kita dijadikan dari tanah, maka segala makanan dan ubat untuk badan kita juga asal dari tanah. Kita makan nasi kat ditanam kat tanah. Makan daging, lembu tu kan makan rumput (dari tanah juga). Kita makan ubat, semua chemical asal dari tanah. Jadi bersesuaianlah dengan jasad kita. Tapi hati ni berkait dengan roh.

Ubat untuk penyakit hati ni sebenarnya dah lama Allah bagi kat kita. Nak guna pon, takyah bayar. Tak perlu susah2 nak pergi cari doktor dan sebagainya. Salah satunya adalah yang ini:

Pernah ke hati kita makin sakit bila dengar ayat-ayat Allah? Pernah ke perasaan yang gundah gulana menjadi makin teruk bila membaca Al-Quran? Itulah keistimewaan yang Allah bagi kat kita.

Subhanallah ubat yang Allah bagi ni sangat berkesan, sangat mendamaikan hati yang tengah berserabut. Ubat ni buka saja free, tapi boleh dapat pahala lagi. Baca Quran ni boleh juga dikatakan makanan yang sihat untuk roh kita. Kesian roh kita, selalu diabaikan makanannya. Kalau jasad ni, macam2 kita sumbat, paling kurang 3 kali sehari. Dah lah sedap-sedap pulak tu. Ada tak yang makan nasi ayam atau nasi briyani hari ni? Sedapnya!!! . Tapi roh kita? Selalu kelaparan.

Allah yang jadikan kita, maka Allah yang paling tahu apa yang sesuai untuk diri kita. Allah suruh kita rajin-rajin baca Quran, solat, berzikir, ingatkan Allah sebab Dia tahu, itu yang paling baik untuk kita. Masa kita tengah marah2, kemudian kita ber istighfar, mesti hati kita makin sejuk kan? Sebab istighfar itu ubat yang Allah dah bagi untuk kita. Itulah juga makanan untuk roh kita.

Jadi janganlah kita menzalimi diri kita. Bagilah makanan yang berkhasiat pada roh kita. Bagilah ubat ynag sesuai untuk roh kita.

3 thoughts on “Ubat Penyakit Hati

  1. Fauzana

    Memang betul, ini la ubat paling mujarab utk semua penyakit hati, even dah terbukti pun, bagi mereka yg tidak pernah meninggalkan Al-Quran sepanjang hayat mereka insyaAllah x kan nyanyuk or mengidap penyakit jiwa. masalah nye, lumrah manusia, lebih cenderung mendekatkan diri dgn Allah ketika ditimpa musibah, and Allah maha mengetahui dgn semua sifat manusia, jd brsyukur juga bile ditimpa musibah, tu tandanye Allah sayang kite la dan ingin kite sentiasa dekat dgn Nya. and sifat semula jadi manusia jugak, mudah alpa jd perlu peringatan sepanjang masa ๐Ÿ™‚ Macam peringatan yg huda tulis ni. Thanx.

  2. samdaddycool

    … tapi ramai ‘orang kita’ terus tukar channel bila tengah mencari-cari siaran, temasuk ke tilawah al Quran.. camne tu??

  3. huda Post author

    kak ana:
    tulah, kena jadikan al Quran teman spanjang masa

    samdaddycool:
    mungkin org tu nak bersembang2, tak elok dgr Quran tapi x hayati, tu yg dia tukar channel ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!