Dalam Kedai Buku Mayersche, Gelsenkirchen

Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya kongsikan apa yang ada di Einkaufszentrum (shopping centre) Gelsenkirchen. Antara kedai yang saya suka adalah Mayersche sebab best usha buku-buku dalam kedai tu. Jom kita tengok apa lagi yang ada dalam Mayersche.

Kedai buku Mayersche dari luar. Buku-buku yang di letak luar dari kedai mesti sale.

Antara buku-buku yang di longgokkan di luar kedai.

Tempat untuk membaca / meng usha buku sebelum diputuskan samada nak beli ke taknak. Buku kat sini jarang yang berbalut, jadi senang nak usha-usha.

Disebabkan sekarang ni dah dekat easter, banyaklah buku-buku dan hadiah berkenaan dengan easter. Comel kan arnab bawak bakul yang penuh dengan buku. Kalau budak-budak tengok ni, mesti seronok nak capai buku-buku yang comel tu..

Tempat permainan kanak-kanak. Memang betul-betul membuatkan budak-budak nak masuk kedai buku. Ada zirafah, kuda dan swan tu 🙂

Buku-buku yang di susun kemas. Bahasa Jerman semuanya. Disebabkan Mayersche di Gelsenkirchen nak tak besar, susah nak cari buku dalam English.

Bahagian komputer. Mungkin ini pon boleh menarik minat budak-budak ke kedai buku? Masa gambar ni diambil, ada sorang budak tengah main game. Tapi takpe, mula-mula datang kedai buku sebab suka main game, mana tau lama-lama jatuh hati dengan buku 🙂

Satu lagi tempat untuk lepak-lepak ,baca buku. Comelkan kerusi ni, macam warna logo Mayersche. Lembut pulak tu.

Penat-penat cari buku, bolehlah pekena cofee, tea atau hot choc. Oklah ni untuk kedai Mayersche yang kecil. Kalau kedai buku yang besar sikit, adalah coffe bar dan makanan ringan.

Kenapa buku pasal Malaysia takde? Orang jerman tak suka holiday kat Malaysia ke? huhuhu

Ok sampai sini dulu cerita kedai buku Mayersche, Gelsenkirchen. Harapnya lebih banyak lagi kedai buku yang berkonsepkan macam ni di Malaysia nanti supaya rakyat Malaysia terutamanya budak-budak makin minat nak baca buku.

Banyak membaca, luas pengetahuan. Mencari ilmu itu dituntut dalam agama. Jom rajin-rajin kita baca buku sementara masih diberi nikmat untuk melihat.

Gambar diambil pagi-pagi hari Isnin, jadi orang pon tak ramai masa ni. Tu yang best ambik gambar.

2 thoughts on “Dalam Kedai Buku Mayersche, Gelsenkirchen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!