Einkaufszentrum Gelsenkirchen

Assalamualaikum w.b.t

Tadi berjaya panjangkan visa. Alang-alang dah kat Gelsenkirchen Stadt, baik ambik gambar Einkaufszentrum (EKZ) (Shopping Centre). Duduk sini dah lama, tapi tak terfikir nak ambik gambar EKZ. Takut nanti dah balik Malaysia, menyesal pulak.

Ok, kita tengok apa yang ada kat sini. Gelsenkirchen ni tak besar mana, jadi tempat shopping pon idak lah besar macam kat tempat lain.

Sedap jugak pakcik ni nyanyi. Cuaca yang baik dan lagu yang best menceriakan mood orang yang lalu lalang.

Tempat laluan pejalan kaki. Tak besar mana kan shopping centre ni.

2 gambar kat atas ni kedai baju.



Unitymedia ni kedai internet, telefon dan tv. Dulu selalu sangat UnityMedia hantar surat promosi ke rumah.

Kedai yang best untuk cuci mata. Pokok bunga yang kecik, murah-murah je sebenarnya. Ada yang 70ct sepasu. Tapi saya taknak beli dah sebab sepanjang jaga pokok ni, takde yang hidup lama kecuali kaktus. Tu pon kaktus yang biasa, kalau warna warni tu, pendek jugak riwayat hidup.

Antara kedai roti yang ada kat Stadt Gelsenkirchen. Roti yang macam dalam gambar kat dinding tu memang famous kat sini. Kalau mula2 makan memang tak sedap sebab keras dan dry. Tapi dah lama-lama,  letak cheese dan telur, sedap pulak rasa.

Apotheke ni farmasi. Seluruh Jerman ada Apotheke ni.

Kedai keperluan rumah ni rasanya sepanjang tahun ada sale. Tengok tu, bantal cuma €6,00 . Murah tu.

Kedai buku yang best tapi sini takdelah besar sangat. Kalau lagi besar, macam-macam ada dalam tu.

Nampak tak basikal yang di parking tepi pokok tu? Sini memang orang suka naik basikal, jadi merata boleh jumpa basikal.

Nordsee  ni jual makanan seafood. Dulu-dulu selalu jugaklah beli sebab dekat dengan rumah. Sekarang ni dah jauh, tak beli dah. Mahal pulak tu.

Tadi lalu kat Mr.Chicken ni, terliur tengok ayam golek. Halal tau dan sangat sedap. Tapi mahal jugak.

At last bawak balik 6 ketul donut sebab dah lama teringin nak makan terutamanya yang strawberry frosted tu. Sampai esoklah makan donut ni nampaknya.

Ok, setakat tu dulu cerita dari Gelsenkirchen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!