France Part 2 (Paris)

Sambungan dari France Part 1 (Ke Paris)

Kisah tahun 2006

Walaupon ada delay semasa perjalanan dari Kรถln ke Paris, Alhamdulillah sampai juga saya di Kota Paris dan berjumpa dengan kawan sekelas , cik Dayah (panggil dengan nama ni lah ye cik Dayah). Seterusnya kami check in di Hotel F1. Hotel F1 ni memang sangat popular di kalangan pelajar-pelajar sebab murah. Tapi bilik airnya kat luar bilik tidurlah.

Petang tu kami ke destinasi utama Paris, tak lain tak bukan, Eiffel Tower. Sejujurnya Eiffel Tower bila dilihat pada waktu siang, memang tak cantik langsung. hahaha. Tapi taman-taman yang berdekat memang cantik, sesuai untuk dijadikan tempat bersantai. Walaupon kurang cantik Eiffel Tower tu, gambar mesti juga diambil.

Eiffel Tower ni diperbuat dari besi(sebab tu tak berapa cantik) dan menjadi ikon Perancis. Pada waktu dahulu, menara ni dianggap mengganggu mata, jadi ianya dikritik pelbagai pihak. Kalau korang tengok sendiri Eiffel Tower ni, korang pon rasa pelik kenapalah ramai betul yang nak pergi tengok, sebab tak cantik pon.

Di kawasan Eiffel Tower ni memang ramai sangat penjual souvenir sampai kena paksa-paksa untuk beli. Nasib baik lah cik Dayah ni dah tau taktik peniaga ni. Kadang-kadang tu kononnya murah, padahal lagi mahal. Saya beli jugaklah keychain Eiffel Tower dan nasib baik tak kena tipu harga. Harap-harap sesiapa yang saya hadiahkan keychain ni, masih simpan lah ๐Ÿ™‚

Esoknya pula, kami ke museum tentera dan kemudiannya jalan-jalan di sekitar Paris untuk ambil gambar piramid, dan bangunan-bangunan lain.

Disneyland kami tak pergi pula sebab tiket masuk tu mahal, tak mampu nak beli. Takpe, masa tu pon, takdelah teringin sangat nak masuk sebab kecut perut jugak nak naik roller coaster.

 

 

3 gambar kat atas ni dari army museum, paris.

 

Gambar kat atas ni tak pastilah apa. Tapi sekitar bandar Paris lah.

Paris ni sebenarnya sangat tidak sesuai dengan jiwa saya sebab rasa berserabut. Ke mana-mana saja pergi, mesti penuh manusia sebab antara tarikan Paris adalah bangunan-bangunan dan juga shopping. Kalau diberi peluang untuk bercuti sekali lagi, memang Paris ni out of list. hihihi. Untuk honeymoon pon tak sesuai. Mungkin yang suka shopping tu, bestlah untuk ke Paris. Paris ni satu lagi yang pelik, kawasan nya kurang bersih jika dibandingkan dengan negara lain di Eropah.

Walaubagaimana pon, ada juga satu tempat yang best di kawasan pinggir kota Paris. ย Nak tau kat mana? kita sambung di episode akan datang. ๐Ÿ˜‰

sayang, zaman dulu-dulu mesti ada diri sendiri dalam gambar. Tu yang takleh kongsi banyak gambar. Cuma gambar yang tak berapa nampak diri sendiri je boleh letak ๐Ÿ™‚

One thought on “France Part 2 (Paris)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!