Kehidupan

Interview, masa untuk belajar

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat lepas saya ada interview di Brompkamp GmbH untuk buat thesis. Dari rumah cuma 30 minit naik bas, jadi saya sangat berharap nak buat kat situ sebab dekat, takyah pindah. Memang berdebar sebelum interview tu.

Masuk je bangunan tu, rasa macam best sebab tempat ni sangat kemas dan bersih. Sepatutnya saya di interview oleh bos tapi haritu dia ada urusan luar, jadi Herr Kraus, pembantu dia yang ganti. Duduk je, dia offer coffee. Hilang sikit rasa gemuruh.

Herr Kraus pon mula cerita yang diorang sekarang tengah ada banyak projek merata dunia. Jadi ramai yang kena outstation. Dia ceritalah apa bidang kerja company tu dan sebagainya. Dia ni lawak2 jugak, so tak stress dan rasa macam sembang biasa je. Lepas tu  dia cakap, sebenarnya bidang kerja diorang ni tak masuk sangat dengan apa yang saya belajar. Dia tanya saya balik,  kerja macam mana yang saya nak lepas habis belajar? Kalau saya nak yang betul-betul macam yang saya dah belajar, company ni tak sesuai untuk saya. Rugi nanti kalau saya buat situ. Tapi kalau saya nak teruskan juga buat thesis kat situ dan prof pon kata ok, takde masalah.

Lepas dah lama saya fikir, betullah cakap Herr Kraus tu, saya kena buat thesis topik yang saya suka dan rasa boleh guna untuk masa depan. Kalau tak, rugilah 6 bulan saya. Tapi interview ni sangat berguna untuk saya, sebab saya boleh tengok enviroment kerja  diorang dan lebih nampak bidang tugas company macam ni.

Takpe, kena berusaha lagi. Mungkin tempat yang jauh ditakdirkan untuk saya? Ataupon FH(universiti) je?

Bestnya kalau dapat kerja kat company macam tu. Kemas dan bersih je bangunan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress