Makanan otak dan rohani

Review Buku: Ikramah

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk: Ikramah – Penentang jadi Pembela
Penulis : Abdul Latip Talib
Halaman : 209
Penerbit: PTS Litera Utama
Harga (Edisi Jimat) : RM14 / RM16

Kisah Ikramah ni pada saya sangat menarik, bagaimana seorang yang sangat memusuhi Islam akhirnya menjadi pembela Islam yang hebat. Hidayah itu kepunyaan Allah, dan Allah lah yang berhak memberikannya kepada siapa saja yang Dia kehendaki.

Ikramah seorang yang bijaksana, hebat berperang, di sanjung ramai seperti ayahnya Abu Jahal. Kematian Abu Jahal semasa perang Badar menambahkan kebencian Ikramah kepada Islam. Hartanya digunakan untuk memerangi Islam.

Namun, apabila Islam semakin kuat dan kerajaan Islam berjaya memasuki kota Mekah, ramai pengikut2 Ikramah memeluk Islam. Ikramah bagaimanapon sangat keras hati dan berusaha mendapatkan sokongan luar untuk memerangi Rasulullah. Dalam usahanya mencari bantuan luar, Allah telah memberikan hidayah, menyebabkan hatinya mula menjadi lembut.

Sebagai anak Abu Jahal, sukar untuk orang sekeliling mempercayai keislaman Ikramah. Yelah, Abu Jahal sanggup keluarkan segala hartanya untuk memerangi Islam, sanggup berperang dengan Rasulullah, masakan anaknya boleh menerima Islam? Tapi semua itu adalah kuasa Allah. Disebabkan dia anak Abu Jahal, Ikramah berusaha apa saja untuk menunjukkan dirinya bukan seperti ayahnya. Dia adalah seorang pengikut Rasulullah yang sangat setia. Seorang Islam yang sanggup menyerahkan segala harta demi menegakkan syiar Islam. Sanggup memerangi sesiapa yang memusuhi Islam. Itulah yang mahu di buktikan.

Menitis air mata membaca saat2 kematian Rasulullah. Dalam kesedihan, Ikramah dan sahabat Nabi yang lain berusaha untuk memastikan Islam terus berkembang ke serata dunia kerana itu adalah tugas kita di dunia ini. Ikramah, walaupon dulu seorang yang sangat kuat memusuhi Islam, namun selepas keislamannya, Khalifah Abu Bakar memberikan kepercayaan yang tinggi kepada Ikramah untuk mengetuai pasukan yang memerangi nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Nyawanya hanya untuk Islam. Syahid adalah cita-citanya.

Ikramah benar-benar mencintai Rasulullah. Kita bagaimana?

Cita-cita Ikramah untuk syahid di medan perang akhirnya dimakbulkan Allah.

Buku sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib memang best. Kalau tak percaya, cubalah baca 1 buku beliau, lepas tu mesti rasa nak baca semua 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress