Sedapnya Zaitun dan Minyaknya

Assalamualaikum w.b.t

Dulu-dulu saya tak minat buah zaitun ni sampailah en.hubby paksa saya cuba. Kena makan habis 1 tin pulak tu. Tapi bila dah cuba, sedap pula. Kadang-kadang boleh habis 1/3 tin sekali makan.

Minyak nya pula saya selalu guna untuk masak sebab memberikan aroma kepada masakan dan mengikut kajian, minyak ni elok untuk kesihatan . Kalau bakar ikan guna minyak olive, ya Allah, wangi nya. Memang sedap.

Beberapa hari lepas, baru saya perasan yang Allah dah ceritakan pada kita dalam Quran pasal minyak zaitun yang Allah sediakan untuk kita sebagai penambah selera. Menarik kan.

Dan (Kami tumbuhkan) pohon(zaitun) yang tumbuh dari Gunung Sinai, yang menghasilkan minyak, dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan.

Al-Mu’minun (23:20)

Dalam surah At-Tin pula, Allah bersumpah atas nama buah zaitun. Ini menunjukkan ada sesuatu yang istimewa mengenai buah zaitun. Bukankah setiap perkara yang Allah bersumpah itu, ada kepentingan, keistimewaan kepada manusia?

Demi buah Tin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini .
At-Tin (95:1-3)

Dalam penjagaan kesihatan pula, banyak produk yang menggunakan minyak zaitun sebab kajian saintifik telah mengakui akan keistimewaan zaitun dalam penjagaan kulit, rambut dan badan kita. Subhanallah.

Sayangnya Allah pada hambaNya, disediakan pelbagai kemudahan kepada kita di dunia ini untuk melaksanakan tugas utama kita iaitu beribadah kepada Allah. Namun dengan nikmat yang tidak putus-putus ni, makin dekatkan diri kita kepada Allah? Atau kita terus menerus mahu menjadi hambaNya yang tidak reti untuk berterima kasih?

Moga-moga kita semua sentiasa Allah berikan hidayah dan petunjuk agar kita tidak tergelincir dari jalan yang Allah redhai. Amiin

Lepas ni, bila guna minyak olive, inshaAllah kita akan teringat ayat ni  dan syukurlah kita kepada Allah.
Sesiapa yang kurang gemar makan olive, bolehlah cuba-cuba selalu 🙂

4 thoughts on “Sedapnya Zaitun dan Minyaknya

  1. Fauzana

    kat mana ye nak carik buah zaitun nih? ade jual dalam tin kat Deutschland? ape namenye? kalau minyak memang salu jumpe and pernah beli. kalau ade jual dalam tin, nak cuba juga 🙂

  2. huda Post author

    kak ana:
    zaitun kat sini selalunya dalam tin/botol. Namanya Oliven. sy lebih suka yg warna hitam, normally beli yg dalam tin…

    selalunya beli kat kedai turki, jadi tak perasan pulak kat kedai biasa ada tak…hihi
    tapi kalau masuk kedai turki tu, mmg senang nak jumpa kat rak tu..

  3. Saidatul Syuhada Ahmad Shukri

    salam, saya pun dulu tak suka sangat makan zaitun..lepas g koblenz jumpa kak Izfa and tengok kak Izfa makan macam tu je.. teringin nak rasa juga,, ok juga rasanya sebenarnya,, kalau kita beranikan diri untuk cuba sesuatu yang baru, insyaALLAH kita akan suka,,lagilah kalau benda itu ALLAH ada sebut dalam Quran..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!