Sekelip mata dihanyut Tsunami

Assalamualaikum w.b.t

Dalam sekelip mata, dengan kekuasaan Allah, tsunami telah menghentam tempat kediaman, menghanyutkan manusia dan harta benda, meragut beribu nyawa. Latest news boleh baca di mana2 akhbar atau pon di Guardian.co.uk.

Dari laut rezeki Allah beri, dari laut juga Allah menguji manusia.

Semoga dipermudahkan urusan menyelamat dan memulihkan keadaan.

Katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): “Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur”. [63]

Katakanlah: “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)”. [64]

Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. [65]

Al An’am (6:63-65)

Semoga apa yang kita lihat mendekatkan kita kepada Pencipta dan semoga kita tidak termasuk dalam orang ingkar kepada perintah Allah. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!