Soalan negatif ke positif?

Assalamualaikum w.b.t

Semalam sembang-sembang dengan mama, banyak benda positif yang saya dapat.

1) Bila nak balik terus?

Beberapa tahun kebelakangan ni, inilah soalan yang paling membuatkan saya tertekan sampai saya rasa malas nak jumpa dan contact orang.  Sebabnya? saya tak tahu bila boleh habis belajar dan saya tak sanggup nak cerita masalah2 kat sini. Yang betul-betul faham cuma en.hubby, kawan-kawan kat sini, baba dan mama saja. Syukur Allah pertemukan mama dengan seseorang yg pernah buat phd di sini. Sekurang2nya ada orang lain yg ceritakan “keadaan” belajar di sini.

Tapi sekarang, saya dah ok bila sesiapa tanya soalan ni sebab saya dah ada jawapan 🙂 . InshaAllah  tak lama dah dan saya mesti kuat . Tak sabarnya nak berkidmat di tanah air.

2) Bila nak kawin?

Saya tak terasa kalau sesiapa tanya sebab dah selesai. Tapi untuk orang yg belum berkahwin dan umur pon hampir mencapai 30 tahun, mesti rasa tak senang dengan soalan ni. Kalau orang tanya masa umur awal 20 tahun, relax saja.

3) Bila agak-agak nak berisi perut? Adik dah ada 2

Saya tak terasa juga dengan soalan ni sebab saya belum habis belajar dan belum merancang utk dapatkan anak. Tapi andai kata saya tengah berusaha tapi belum dpt rezeki, mungkin saya pon sangat tak senang dengan soalan ni.

Dan soalan-soalan seperti itu akan berterusan, tak kan berhenti.

4) Anak dan berapa? Berapa lelaki berapa perempuan?

5) Bila nak dapat menantu?

6) Dah berapa menantu?

7) Bila nak ada cucu?

8 ) Dah ada berapa cucu?

dan banyak lagi….

Untuk yang ada jawapan baik bagi soalan yang ditanya, memang takkan terasa stress, sedih atau kecik hati dengan soalan2 tu, malah seronok pula nak bercerita. Tapi untuk yang belum ada jawapan yang baik, memang boleh jadi stress dan kalau boleh tak nak jawab pertanyaan2 tu.

Kata mama, soalan2 macam ni memang kita akan dengar walau kat mana pon kita pergi. Ni menunjukkan orang yang bertanya tu prihatin pada kita. Jadi, kata mama, kita kenalah jawab secara positif, anggap orang yang bertanya tu ambil berat pasal diri kita.

Apa apa pon, setiap orang Allah tentukan jalan yang berbeza, ada yang mudah, ada yang sukar. Semuanya ada sebab tersendiri yang sukar untuk kita fahami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!