Kehidupan

Thunderbird: Manage Emails, Task & Event

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni saya ada guna POP Peeper untuk manage dan retrieve emails saya yang banyak tu. Idea saya pada mulanya hanya nak dapatkan notification, tapi yang simple2 kebanyakannya melimitkan akaun gmail setakat 3 sahaja.

Bila dan start guna Email client ni, rasa best pula sebab saya dapat manage emails dengan lebih baik. Cuma masalahnya hanya email dari server Hotmail saja yang automatik dimark sebagai read apabila email tu di retrieve. Saya tak pasti kenapa emails kat Yahoo dan Gmail server tak automatik mark as read. Jadi saya pon jadi serabut sikit. Saya ni memang jenis orang yang cepat serabut walaupon mungkin pada orang lain benda ni remeh je ­čÖé

Satu lagi  saya jadi berserabut bila banyak benda yang saya nak kena buat dalam 1 hari. Rasa macam nak kejar masa. Jadi saya pon terfikirlah nak install task manager atau TO-DO List. Saya jumpalah satu software ni yang simple dan best. Lepas dah install baru sedar , la trial version rupanya. Walaupon best, kena cari alternatif lain lah.

Akhirnya saya ambil keputusan install Thunderbird untuk gantikan POP Peeper dan Daily TO-DO List. Sebenarnya saya masih baru dalam dunia email client, jadi rasa best nak explore. hihih. Outlook saya tak de, jadi kena cari yang free je.

Thunderbird best sebab boleh pilih IMAP (Internet Message Access Protocol) atau POP (Post Office Protocol) untuk email server Yahoo dan Google. Kalau nak lagi senang, boleh guna IMAP. Hotmail cuma support POP. Yang lain-lain saya tak tau sebab tak guna.

Untuk POP, email akan stay di server (eg: Hotmail). Jadi kalau kita delete kat email client (Thunderbird), email tu still ada kat Hotmail. Kecuali kita set delete beberapa hari selepas retrieve. Ni kena hati-hati masa setting,kalau silap nanti habis email hilang dari Hotmail.

Untuk IMAP, email akan stay di server (eg: Gmail) sehingga kita delete di email client (Thunderbird). Jadi lebih tersusunlah kerja. Selain tu, kita boleh subscribe mana-mana folder dari email server tadi. Kalau kita delete folder tu dari Thunderbird ni, folder kat email server pon akan di delete serentak.

Sumber gambar: Wikipedia

Kalau sesiapa yang nak letak feeds dalam Thunderbird ni pon boleh, tapi saya lebih selesa membaca di Google Readers.

Untuk dapatkan notification di Taskbar, bolehlah install addon MinimizeToTray . Setiap kali email masuk, kita akan dapat nofication dan saya rasa ini sangat membantu saya. Ada macam-macam AddOns yang best boleh intall.

Saya install Events and Task dari Lightning supaya saya nampak apa task yang perlu dilakukan setiap hari dan aktiviti/meeting yang saya ada sepanjang minggu. Alhamdulillah ianya sangat membantu saya menguruskan kerja-kerja yang banyak.

Walaupon akhir-akhir ni banyak email yang saya dapat, itu semua tidak boleh saya jadikan alasan untuk tidak membaca emails dan reply sekiranya perlu. Aktiviti dan task yang banyak juga tidak sepatutnya menjadikan hidup saya makin kucar kacir. Alhamdulillah aplikasi ni membantu saya menguruskan semuanya dengan lebih baik.

Untuk menjadi muslim yang lebih baik, perlulah kita berusaha menguruskan kerja-kerja dengan lebih teratur. Bukankan tersusun dalam urusannya itu salah satu dari 10 Muwasafat Muslim? …

Lepas lebih 1 minggu saya guna Thunderbird, saya memang selesa dgn aplikasi ni. Mungkin kerana kerja saya banyak banyak bersama laptop kesayangan ni. Tapi kalau sesiapa yang kerjanya tukar-tukar komputer, lebih baik retrieve emails ke Gmail supaya boleh manage secara online, di mana-mana komputer sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress