Cuti-cuti Eropah

Koblenz: BUGA (Pesta Bunga)

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas saya ke Koblenz untuk bertemu akhawat di sana. Saya sangat bersyukur kerana Allah menemukan saya dengan akhawat yang sama-sama mencari cinta Allah. Berjumpa atas dasar ukhuwah islamiyah lain perasaannya dengan bertemu sebab saja2. Alhamdulillah.

Ok, jadi tempat tuju kami yang pertama adalah BUGA (Bundesgartenschau). Macam pesta bunga lah dan diadakan dua tahun sekali di tempat2 yang berbeza. 5,00 euro bayaran untuk student. Tempat ni sangat besar ok, kena jalan seharian baru puas. Ada cable car dan tempat2 rehat yang sangat best.

Ni peta kawasan Koblenz dan berdekatan.

Wah siap dengan pancaragam tau. Memang meriah tempat ni, dah lama tak tengok pancaragam secara live

Sekarang jom tengok antara bunga yang ada kat sana.

Binatang apakah ini? hihih. menarik. Hebat diorang ni, boleh lompat-lompat .

Dah penat-penat berjalan, masa untuk solat pula. Subhanallah rasa sangat mendamaikan bila sujud ke tanah Allah dan bau rumput yang sangat fresh. Kemudian kami berehat sambil belajar alam dari Al Quran. Seronok.

Ok, sekarang sambung tengok bunga semula.

Sesiapa yang dekat2 Koblenz, bolehlah pergi ke BUGA sehingga Oktober ni. Memang berbaloi bayar 5,00 euro untuk student. Ada taman ala-ala Jepun juga. Tempat ni sangat menenangkan, Subhanallah. Segala puji hanya pada Allah yang menjadikan alam yang indah dan mendamaikan.

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya). Al-Hajj (22:63)

Setakat ni saja dulu perkongsian mengenai BUGA. Jumpa lagi.
p/s: Harini akan ke Hannover untuk Roadshow Palestin. Semoga semuanya berjalan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress