Tenanglah diri

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya betul-betul berserabut gara-gara salah cara meng “install” Ubuntu menyebabkan saya tak boleh boot Windows buat masa ni. Masih belum berjumpa kaedah yang betul. Kerja saya tergendala. Boleh dikatakan “stuck” . Mujur tugas buat poster untuk program Free Palestin dah siap dan sudah diedarkan.

Dalam keadaan berserabut, saya sangat bersyukur sebab hari ni Allah takdirkan saya dapat berkumpul dengan sisters yang lain di alam maya. Seronok dan tenang sangat apabila semuanya bergerak untuk mencari cinta Allah. Sembang kami bukan sembang kosong, sebab itu ianya menenangkan.

Lepas tu, saya dengar lagu favorite saya sekarang, dari Opick:

Terbayang diri sedang berada di luar dan memerhatikan keindahan malam ciptaan Allah. Oh sangat mendamaikan Subhanallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!