Draft – Lulus

Assalamualaikum wbt

Bila dah start buat thesis ni, rasa seronok pulak. Kehidupan sangat berbeza dari belajar pergi kelas dan exam. Alhamdulillah tajuk thesis yang lecturer bagi sangat menarik dan sesuai dengan diri. Takpelah tak dapat buat thesis kat company jerman pon, asalkan tajuk nya best.

Mula-mula dapat tema tu, blur sangat sebab banyak benda tak tau. SSL, OpenSSL, Tcl TK semuanya benda baru, ditambah pula thesis ni untuk Linux user maka terpaksa lah saya install Ubuntu dalam laptop ni. Tersilap teknik punya pasal,  1 minggu lebih windows saya tak dapat digunakan. Akhirnya saya terpaksa recover windows macam mula2 beli dulu. Semua program yang dah di install, hilang tapi nasib baik saya sempat back up hard disk.

Tapi, itulah yang dikatakan pengalaman. Kalau laptop saya tak bermasalah, takdelah saya belajar benda baru kan. Oh, ingat lagi 1 minggu tu adalah minggu yg sangat membuatkan saya stress. Hari2 fikir macam mana nak recover windows balik. Hari2 fikir pasal SSL, OpenSSL, Tcl Tk. Memang berserabut. hihihi.

Masa jumpa lecturer dulu, dia ada tanya kot2 saya memang guna Linux. Saya bagitau  yang saya pernah guna masa kat lab uni saja untuk subjek informatik. Itu pon masa awal-awal dulu. So, dia cakap, agak susah lah untuk saya sebab banyak benda dalam linux yang saya kena belajar. Tapi sebab masa tu saya terdesak nak start thesis secepat mungkin (sbb nak balik cepat), saya tak kira, susah ke senang ke, saya nak juga buat. Berdebar jugak sebenarnya. huhuhu. Alhamdulillah Linux takdelah teruk sangat.

Dan semalam saya hantar draft penuh untuk thesis dan saya tunjukkan GUI yang dah dibuat setakat ni, lecturer nampak gembira dengan progress saya. Alhamdulillah. Owh, bila dah sampai tahap ni, setiap minggu la kena jumpa lecturer.

Moga dipermudahkan segalanya. Sikit saja lagi nak balik Malaysia. Tunggu ye semua 🙂

7 thoughts on “Draft – Lulus

  1. huda Post author

    k.asma :
    hepi jugak….hihih

    ilham:
    danke sehr 🙂

    usop:
    baby usop yg nak kuar tu pon tak sabar nak jumpa mak teh dia tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!