Oh Rindu pada Mereka

Assalamualaikum w.b.t

Weekend lepas saya ke Köln, bertemu adik2 di sana. Tengok gelagat mereka, di tambah pula suasana rumah di Longerich, saya terkenangkan zaman remaja di Köln. Banyak kenangan manis dan ada jugalah yang pahit kat Köln tu.

Rehlah di Laacher See, Koblenz

Adik2 ni akan exam tak lama lagi dan pada saya dulu, exam ini tersangat penting untuk meneruskan perjuangan di Jerman. Jadi saya hadiahkan mereka surah Al Insyirah yang mereka panggil surah periksa .hihihi.

A001

A002

A003

 

 

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Al Insyirah (94:1-3)

Memang normal, kita sebagai manusia akan berhadapan dengan sesuatu yang sukar dan kadang2 sampai dada jadi sesak, tak boleh bernafas. Masa macam ni otak pon kadang2 susah nak fikir. Saya sendiri selalu sangat berhadapan dengan situasi macam ni tak kiralah dalam study ke, kehidupan ke atau pon dalam jalan dakwah.

Namun kita perlu sangat yakin bahawa hanya Allah yang boleh melapangkan hati kita, melegakan kekusutan yang ada dalam otak, meringankan beban yang ditanggung sekian lama. Jadi nak dapat ketenangan dan kelapangan tu, kita kenalah sentiasa ingat Allah dan rajin mohon dari Allah sebab kita tahu yang Allah sahaja boleh melakukannya.

Nak ingat Allah pon ada banyak caranya. Antaranya zikir, solat, malah berjalan2 di taman juga boleh mendekatkan diri pada Allah kerana segala yang ada di alam semesta ini Allah yang cipta.

A004A005

A006

 

 

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu:sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Al Insyirah (94:4-6)

Dua kali Allah ulang bahawa lepas melalui kesukaran, mesti ada kemudahan. Bak kata pepatah Melayu, berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Saya menjadi dewasa dengan pengalaman yang saya lalui di Jerman dan sangat banyak dugaan yang saya tempuh. Hikmahnya bukan saya dapat sekelip mata tetapi beberapa tahun lepas tu. Kena rasa susah dulu, lepas tu baru rasa nikmat kemudahan yang Allah bagi.

Saya sangat berharap adik2 ini tidak give up apabila melalui suatu jalan yang sukar sehingga kadang2 kita boleh terhenti di persimpangan, tak tahu nak pilih jalan mana.

Yakinlah dengan kata-kata Allah di atas.

A007

A008

 

7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

Al Insyirah (94:7-8)

Ini yang saya selalu gagal masa zaman2 dulu. Bila lepas exam je, mesti sangat lagha. Tapi alhamdulillah, sekarang dah improve. Biasalah tu manusia, bila nak capai sesuatu, kerja keras, minta tolong dari Allah dan macam-macam lagi. Tapi bila dah selesai, habis semua. Sedangkan untuk menjadi muslim yang hebat, kita mesti selalu ada plan untuk meneruskan kerja yang lain.

Ok, semoga Allah permudahkan jalan kalian untuk menempuh klausur minggu depan. Amiin.

InshaAllah jumpa lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!