Sesak nafas dikelilingi tanggungjawab

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari ini saya seperti hilang rentak. Tidak tahu dari mana mahu bermula, di mana mahu berehat. Antara tugasan peribadi, tugasan thesis dan tugasan dakwah, di manakah tempatnya yang patut saya letakkan.

Kadang kala saya rasa seperti keseorangan, kadangkala saya rasa terlalu memaksa diri untuk menjadi super women. Owh, tapi saya hanya lah manusia biasa yang tak lari dari terasa down, sedih dan ada masanya bagai ingin menarik diri.  Astaghfirullah al azeem, begitu goyah semangat saya.

Masalah saya yang boleh dikatakan bahaya, saya selalunya terlalu mengambil berat atas tanggungjawab yang dipikul menyebabkan saya terlalu berfikir sehingga kadang2 dada menjadi sesak. Untuk mengelakkan perkara ni terus menerus berlaku, saya cuba melimitkan tugas yang mampu saya pikul. Namun, mungkin Allah sudah menetapkan supaya saya belajar sesuatu yang baru dalam dakwah ini. Selepas menolak beberapa kali, akhirnya tugas itu saya ambil juga.  Tak tau kenapa pada masa itu air mata saya menitis bersama perasaan yang bercampur.

Islam mengajar kita melihat satu situasi dari perspektif yang berbeza untuk mencari manfaat dan gembira dengan apa yang Allah tentukan pada kita. Jika kita melihatnya buruk, maka buruk lah yang kita dapat. Jika kita melihatnya dengan pandangan yang indah, maka tenanglah hati kita. “Tugasan ini lebih kepada latihan amal dan sumber pahala, insyaAllah” . Kata-kata yang saya peroleh ini sangat menenangkan diri saya. Semoga Allah memberi saya petunjuk dan kekuatan untuk melalui jalan ini.

5 thoughts on “Sesak nafas dikelilingi tanggungjawab

  1. Qein

    assalamualaikum,,,
    saya tertarik untuk masuk ke blog ni. Beberapa hari ini saya asyik terfikir bebanan tanggungjawab yang sedang saya tanggung dan sama seperti awak, saya mahu melepaskan tanggungjawab lain bila tanggungjawab utama goyah. Dan hari ini, hati saya semakin risau memikirkan apakah jawapan yang saya harus beri bila segala amanah ini persoalkan kelak di akhirat? Takut dan risau. Mana langkah pertama yang harus saya tuju. Bingung…

    Mahu saja saya memberhentikan masa, diam sejenak. Bila difikirkan kembali Dia yang Berkuasa dan yang Menentukan segala. Semua ini telah dirancang. Salah dan silap adalah takdirNya. Semoga kita sama2 diberi kekuatan dalam memilih jalanNya yg benar kerana kita tahu Dia sentiasa bersama.

  2. huda Post author

    Qein:
    Jzkk atas perkongsian. Memang kita manusia ni, ada masa semangatnya tinggi, ada masa jatuh. Walaubagaimanapon, bila kita meletakkan segala urusan kita untuk Allah dan pergantungan juga kepada Allah, inshaAllah urusan kita menjadi lebih mudah. Moga kita terus tsabat di jalan dakwah. Ameen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!