Banyaknya benda best dalam ni

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Semalam masa Tilawah & Tadabbur, ada satu ayat ni yang saya sangat terkesan. Ayat² Allah ni semuanya best, cuma pada setiap masa, hati kita akan tersentuh pada ayat² tertentu.

Maka jika mereka tidak memenuhi tantanganmu, maka (katakanlah), “Ketahuilah, bahawa (Al Quran) itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahwa tidak ada Tuhan selain Dia, maka maukah kamu berserah diri (masuk Islam)?” . Hud (11:14)

Saya perasan, setiap kali kita menghayati ayat² cinta Allah ini, pasti ada ilmu baru yang kita boleh dapat. Kadang² saya akan respon pada diri sendiri “Wahh, ada benda ni dalam Quran.. bestnya!!!.. sangat tak sangka, ok” . Maklumlah dah berumur macam ni baru terbuka hati nak baca tafsir dengan berfikir. Alhamdulillah Allah menyuntik perasaan tu ke dalam hati ini.

Weekend haritu, before ke Köln, saya jumpa ayat ni:

A045

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. An-Nur (24:45)

Bila baca saja, saya terbayang ular, ayam, lembu. Semuanya ada cara tersendiri untuk bergerak. Ohh cantiknya ayat Allah ni. Banyak lagi ayat² Quran yang menceritakan pasal binatang. Ada kuda, keldai, lebah, semut, nyamuk, lembu dan macam² lagi.

 

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. An-Nahl (16:68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. An-Nahl (16:69)

Saya teringat masa sembang² dengan mama pasal madu. Masa tu tengah kekurangan tenaga, so mama suggest makan royal jelly sebab tu madu paling best. So sembang²lah pasal warna madu. Ada yang gelap, ada yang cerah. Jadi bila terbaca ayat ni beberapa bulan lepas, rasa excited sangat. Owh, Allah memang dah bagitau yang madu tu Allah jadikan dengan pelbagai warna. Amazing sangat.

Tapi semua ini adalah tanda² yang Allah kurniakan hanya pada orang yang mahu berfikir. Maka mahu ke kita terus menerus menjadi manusia yang malas berfikir?

Ok, itu sedikit pasal binatang. Ayat kat bawah ni pon sangat membuatkan mata saya terbuka.

A016
A017
A018

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam. Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan. Al-Hijr (15: 16-18)

Owh, lepas baca ayat ni, teringin sangat untuk tengok meteor atau nama bahasa melayunya tahi bintang. Bestnya kalau dapat tengok, dan dalam masa yang sama memikirkan ayat ni. Dulu² kalau tengok meteor, setakat gembira, pastu habis.

Ayat² Allah ni sangatlah best dan banyak ilmu & pengajaran yang boleh kita dapat apabila kita menghayati dan berfikir. Jom rajin² mentadabbur Quran. Ok jumpa lagi inshaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!