Roti Jerman

Assalamualaikum wbt

Saya selalu mengeluh betapa kurangnya roti² yang sedap di Jerman. Terbayang saya kedai roti dan pastry di UK dan France yang pelbagai dan sedap². Tanpa saya sedar, saya telah merendahkan nikmat makanan yang Allah kurniakan. Astaghfirullah.

Selama 6 hari menemani akhawat (sisters) Dublin berjaulah (mengembara) di Jerman, banyak sangat yang saya belajar dan kadangkala saya seperti tersentap dari tidur. Sisters ni sangat gembira nak beli pastry kat sini sebab sedap dan murah berbanding di Dublin. Pastry yang kadang kala saya pandang sebelah mata saja, itulah yang menjadi kesukaan sisters ni.

Subhanallah syukur sangat kerana diberikan kesedaran untuk menginsafi nikmat makanan yang Allah kurniakan pada hambaNya. Alhamdulillah sebab masih berpeluang merasai kenikmatan makanan di Jerman sebelum pulang nanti.

 

 

 

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat dan kufur nikmat. Al Hajj (22:38)

Kadang kala kita ni seperti lupa yang segala yang kita dapat di dunia ni adalah nikmat yang Allah berikan pada kita.. Semuanya adalah milik Allah, jadi bila² masa saja Allah boleh tarik balik. So, lepas ni kena cubalah untuk tidak mengeluh lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!