Berkias dalam kata-kata

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Tadi saya dan en hubby sembang² pasal peribahasa melayu. Seronok juga bila dah lama tak sembang benda macam ni, maklumlah orang muda macam saya ni mana nak pakai sangat peribahasa, simpulan bahasa. Bila difikir², cantik sebenarnya bahasa melayu ni, ada yang berbunga², ada yang tajam sampai “zup” masuk hati.

Peribahasa yang memang saya ingat: “Seperti lembu dicucuk hidung“.
Kalau kita cakap “Ko ni kan, ikut je apa yang mamat tu suruh buat, fikir² lah dulu patut ikut ke tak!!“.
Tak pon ” Ko ni kan, ikut je apa yang mamat tu suruh buat, macam lembu kena cucuk hidung!!

Kan berdesup tu rasa kat hati bila bagi perumpamaan. Itulah pentingnya penggunaan perumpamaan supaya mesej yang nak disampai tu lebih jelas, masuk ke hati. Lembu kena cucuk kat hidung tu kita nampak kan, keadaannya yang mana kalau tuan dia tarik, dia akan ikut je tanpa bantahan. Kenapa cucuk kat hidung? en hubby cakap sebab kat hidung tu paling sakit kalau kena tarik. Rasanya betul kot.

Ok, habis bab lembu. Tadi pula masa tilawah dan tadabbur dengan kawan², saya suka sangat ayat ni.

Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini, dengan bermacam-macam perumpamaan tetapi kebanyakan manusia tidak menyukainya bahkan menginkari(nya). Al-Isra’ (17:89)

Dalam Quran juga banyak perumpamaan yang Allah bagi pada kita, selalunya dikaitkan dengan binatang, tumbuhan dan alam. Saya sendiri, bila baca ayat yang ada perumpamaan ni, akan terus tersedar. Maklumlah, kadang-kadang bila kita baca banyak ayat, lama-lama macam masuk tak masuk je.

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah laba-laba, sekiranya mereke mengetahui. (Al-‘Ankabuut 29:41)

Bila baca ayat ni, terus terbayangkan sarang laba-laba yang kadang-kadang mengganggu dinding rumah sendiri. Mesti geram tengok sarang tu. Sekali tepis je, hancur habis. Macam tu jugalah kalau kita meletakkan perlindungan kita bukan kepada Allah, lemahnya tu bukan seperti rumah kayu yang macam nak tumbang, tapi lebih teruk lagi, macam sarang laba-laba. Itulah salah satu kebesaran Allah dalam memberi peringatan kepada kita supaya kita nampak dengan lebih jelas. *Pembetulan 

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ibrahim (14:24)

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Ibrahim(14:25)

Kata-kata yang baik, seruan yang baik, Allah gambarkan macam pokok yang akarnya teguh, keluarkan buah. Buah tu inshaAllah bermanfaat pula kepada orang lain macam pokok rambutan dalam gambar tu. Merah betul buahnya. (Sebenarnya tengah rindu kat rambutan ni). Sebab tulah, perlu berhati-hati dalam berkata. Biar yang keluar dari mulut kita ni benda-benda yang baik. Takkan nak jadi macam pokok yang kat bawah ni pula kan.

Layu je pokok ni, macam dah nak mati pon ada.

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Ibrahim(14:26)

Ok setakat ni dulu perkongsian pasal bahasa kiasan.
Jumpa lagi.

*Pembetulan
Rumah labah-labah selalunya ada kat bawah daun, memang tak kukuh.Yang saya bebel kat atas tu adalah perangkap labah-labah.. Terima kasih kawan-kawan yang telah membetulkan fakta.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!