Kehidupan Makanan otak dan rohani

Gossip di Tempat Kerja

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Gossip ni dengar macam biasa saja, kalau disebut fitnah, rasa lebih dahsyat, kan.

Dah nak masuk Ramadhan ni, saya teringat kisah gossip en. hubby di kilangnya. Bila nak Raya, bermulalah tradisi bersalaman dan maaf bermaafan. Masa ni, tak kira mahram ke tidak, semua main redah. Sedih tengok keadaan masyarakat kita yang mengikut tradisi ini tetapi meremehkan hukum bersentuh tangan. En. hubby ni pula jenis yang tak bersalaman dgn bukan mahram. Ada yang tak berpuas hati kot, jadi keluarkan cerita lain.

Minah A : ” K tak salam pon ngan pempuan”
Minah B : ” Eleh, K tu memang hipokrit. Haritu aku nampak dia kat lobi, siap pegang-pegang tangan dengan awek dia”

Fuh, lepas dengar tu, saya fikir sekejap.. Wahhh, ini cerita zaman mula-mula en. hubby datang kilang nak sign contract. Masa tu memang saya ikut sekali dan kami tunggu di lobi sementara orang bahagian HR nak datang bagi contract. Saya memang tak perasan pon siapa yang keluar masuk lobi tu, dan masa tu, kami berdua tengah stress. Kilang tu beria mintak en hubby start kerja awal sedangkan kami tak jumpa lagi rumah sewa. Malaysia bukan macam kat Jerman yang boleh search kat internet, info lengkap,  pastu call, buat appointment.

Dari kedatangan singkat saya ke kilang tu dah boleh menjadi bahan gossip? Fuhhh..Di Jerman memang saya berada dalam lingkungan selamat, tiada gossip di kalangan kawan-kawan Malaysia mahupon Jerman. Jadi kadang-kadang sukar dibayangkan macam mana orang boleh buat cerita di belakang kita. Sebab tu en hubby selalu pesan kat saya, bersedia untuk menghadapi kehidupan realiti di Malaysia, bersedia untuk bersama masyarakat sebenar di Malaysia.

Ok, itu cerita lama yang dah settle sebab diorang tahu yang K ni dah berkahwin. Beberapa minggu lepas ada pulak fitnah baru. Kata mereka en hubby ni dah ada anak lelaki berumur 6 tahun. Tapi budak tu ditinggalkan di kampung, mak en hubby yang jaga. What?? Mana lah diorang dapat idea cerita ni.

Mamat A : ” Betul tak ko ada anak laki 6 tahun? Orang kata budak tu mak ko jaga”
En Hubby: ” Takde”
Mamat A: ” Kalau ada, cakaplah ada, tak baik tau menipu”
En Hubby: ” ?????”

Macam mana kita nak mengaku something yang memang takde? Saya dengar cerita ni tergelak je sambil membayangkan Areena, Iffah dan Izzu (anak2 sedara saya yang comel2). Banyak kali jugak diorang ni mintak confirmation ada ke tidak budak 6 tahun tu. Mujurlah en hubby ni jenis tak berapa nak melayan rumours ntah apa2 ni. Dah lama lepas tu, akhirnya diorang berhenti bertanya, tak taulah puas hati ke tidak dengan jawapan yang diterima.

Bila difikir semula, kami kawin baru beberapa tahun. Kalau ada anak pon, paling awal umur mungkin seperti Iffah, 3 tahun lebih. Mari mana anak 6 tahun.

Oleh itu saya pon nak share satu hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Antara perkara yang tidak berfaedah apabila kita bercakap perkara yang sia-sia, yang tidak berfaedah namun perlu kita sedar, ianya sangat bahaya kerana boleh membawa kepada fitnah, mengumpat, melagakan manusia. Nauzubillah.

Dan peringatan Allah yang cukup keras:

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Qaaf (50:17)

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).  Qaaf (50:18)

Moga Ramadhan akan datang mendidik lidah kita untuk hanya bercakap perkara yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang yang berada di sekeliling kita.

Jumpa lagi, InshaAllah.

One comment

  • k.asma
    July 30, 2011 - 03:33 | Permalink

    manusia ni kdg mmg pelik..kalu bab2 aib org,cpt sgt percaya..yg dgr dan sebar tu satu hal,yang mencipta gosip tu sendiri lg la nak kena menanggung selagi fitnah tu merebak..free2 je timbangan dosa tu makin berat..hrp2 insaf la..(moga2 diri saya sendiri dan kita semua dpt menjaga lidah~diam lebih baik)

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress