Hujan macam kat Malaysia

Bismillah
Assalamualaikum wbt.

Petang tadi hujan cukup lebat, macam kat Malaysia. Guruh berdentum, bergilir dengan kilat. Subhanallah, bila suasana macam ni, memang teringat kat kampung, maklumlah kat sini jarang hujan lebat. Summer tahun ni diiringi hujan dan mendung tak seperti tahun-tahun terdahulu. Kalau masa first year tu, berpeluh-peluh kat luar rumah, dalam rumah pula kena guna kipas. Dalam kelas, memang nasib la, sebab aircond ke, kipas ke, memang takde, cuma mengharap pada angin yang masuk melalu tingkap.

Walaupon summer tak seperti selalu, ini juga nikmat sebab  tak terlalu panas yg membahang. Moga Ramadhan kali ini tidak terlalu panas dan moga dikuatkan semangat untuk puasa dari 03:00 pagi hingga 09:00 malam. First time melalui bulan Ramadhan di musim panas.

Jadi, sempena hujan, guruh dan kilat tadi, saya nak share ayat:

Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). Ar-Ra’d (13:12)

Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya. Ar-Ra’d (13:13).

Jom kita amalkan bertasbih bila dengar guruh dan nampak kilat sebab ianya juga bertasbih pada Allah walaupon kedatangannya hanya sekelip mata. Guruh dan kilat yg menakutkan manusia pon bertasbih pada Allah, apatah lagi kita, manusia yg kerdil? Subhanallah.

Jumpa lagi, inshaAllah

One thought on “Hujan macam kat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!