Kakak Tulip

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Semalam jaulah ke Bingen dengan adik-adik Köln/Dortmund, memang best walaupon penat yang amat. Masa bertaaruf, soalannya “Kalau dipilih untuk menjadi benda lain selain manusia, nak jadi apa?” . Menarik soalan ni, dalam kepala terus terbayang bunga . hahaha, kelakar pulak. Ada yang nak jadi labah-labah (boleh panggil kakak Ankabut..hihi), ada nak jadi langit, angin, air, buku jurnal, jam tangan, cinderella (tak tahan yang ni, sweet sungguh), snow ball, internet, dan M&M (yang ni pon pelik sungguh dan comel) .

Saya suka sangat bunga sejak kecik. Kat sekolah, selalu lukis bunga , walaupon masa tu tak tau nama bunga tu. Datang sini, bunga first yang saya beli dan jaga adalah . Tapi saya tak tau rupanya bunga tu tidur masa winter, ingat ke dah mati..So saya biarkan je sampai dah tak cukup zat. Kesian bunga saya tu.

Ini antara warna s yang saya sangat suka, tak lembut sangat, tak garang sangat warnanya. Lepas tu, macam-macam tekaan personality diorang ni pada saya. Bunga ni kelopaknya tertutup, lebih kurang saya sendiri yang sangat susah nak ceritakan something personal pada orang lain. (betul jugak tu). Kalau saya rasa orang lain takde hak untuk tahu benda tu, saya tak kan cerita walaupon sebenarnya untuk kebaikan saya sendiri. Keras jugak hati saya ni, kan. Owh, saya kurang minat pada bunga yang kembang. Kalau roses pon, suka yang jenis tak kembang tu.

Batang bunga ni kurus tapi tinggi dan teguh, sesuai dengan diri saya yang bersemangat kuat, kata diorang.  Bak kata en. hubby pulak, saya ni wanita yang kuat dan gigih. hihi. Betul kot analisis sisters ni.

Ok, saya nak share ayat pasal tumbuhan:

Dan Kami tiupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) (atau pembawa awan) , dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu  Kami beri minum kamu dengan (air) itu,  dan bukanlah kamu yang menyimpannya . Al-Hijr (15:22)

Macam ni lah bunga yang saya suka lukis kecik-kecik dulu:

Ok, jumpa lagi InshaAllah.

 

4 thoughts on “Kakak Tulip

  1. huda Post author

    Biar teh analisis fizah pulak:
    org kan suka duk tepi tasik, jd fzh suke org nyendeng2 kat fzh lah…hahaha

  2. fizah ehem2~~

    erk,maybe betul jgk tu tp xpnahla terpk g2=P
    jwpnnye, org nmpk kt luar cool je tp org lain xtau ape yg ade dlm hati…(ni applicable time saat2 genting mcm exam,bnda2 yg scary etc)..hi3x

  3. huda Post author

    fizah:
    hahaha, teh pon gitu gak, nampak cool je, mcm superwomen tapi dalam hati fuhhh sukar dimengerti….hihihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!