Kehidupan Makanan otak dan rohani

Makanan oh Makanan!!

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Tinggal kat Jerman ni memang serba serbi kena masak sendiri sebab susah nak dapat nasi lemak, roti canai, kuih tepi jalan macam kat Malaysia. Tapi belum pernah lagi kebulur di bumi eropah ni. Kalau kebulur, takdelah naik berat badan ni haa. Selama kat sini, tak pernah lagi buka paip, air tak keluar. Siap boleh minum directly dari paip tu. Kat Malaysia merasa juga takde air sehari sampai nak mandi kena cari masjid sebab ada kolah.

Semalam saya baca kisah Somalis yang terpaksa ke Kenya beramai² untuk mencari makanan. Kampung halaman yang dahulunya mengeluarkan sumber makanan kini menjadi kering kontang. Tanaman, haiwan mati kekurangan air. Dahulu, mereka terpaksa keluar dari kampung akibat peperangan namun kini untuk mengelakkan mati akibat kemarau. Subhanallah kuasa Allah tak terjangkau dek akal kita.

Sumber: Al Jazeera

Sedih saya mengenangkan perjalanan mereka mencari sumber makanan di negara jiran. Harapan mereka tinggi tanpa mengetahui macam mana keadaan di tempat orang. 23 jam mereka naik lori yang sarat penumpang tanpa bekalan air dan makanan. Anak² kecil menangis tidak selesa. Ada ibu yang baru sehari melahirkan anak, terus membawa anak keluar dari kampung. Oh tak dapat dibayangkan sakitnya si ibu dalam perjalanan jauh yang jalannya pon tak rata. Ada juga yang dah beberapa hari tak makan sebelum hijrah ke Kenya sebab takde makanan. Bayanglah, kalau kat sini, roti berlambak walaupon keras. Turun bawah rumah, terus bau pizza. Mereka ni pula langsung takde apa nak makan.

Insaf melihat keadaan saudara kita di Somalia. Ada yang mati disebabkan kekurangan zat dan ketiadaan makanan  tapi kita di Malaysia atau di europe sendiri, berpenyakit dan mati disebabkan terlalu banyak makan. Terlebih kolestrol, terlebih gula, terlebih macam² lah.

Kekenyangan perut itu memang satu nikmat yang sangat besar, kan. Kita sendiri kalau tengah lapar, tak boleh nak berfikir dengan baik. Buat kerja pon serba tak kena. Tapi, peringatan untuk diri saya terutamanya, janganlah nikmat itu kita pelahap sampai diri sendiri dah malas nak bergerak, malas nak beribadat sebab terlalu berat badan ni.

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Nahl (16:114)

Sungguh makanan itu satu nikmat yang sangat besar dan kepada Allah lah tempat kita bersyukur. Allah yang beri rezeki tu jadi kalau Allah nak tarik balik, bila² pon Allah boleh buat.

Moga Ramadhan akan datang mengajar perut kita supaya tidak tamak. Amiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress