Makanan otak dan rohani

Tak mengenang jasa

Bismillah
Assalamualaikum wbt.

Macam-macam dah engkau dapat, tapi tak reti bersyukur..
Ko dapat pergi jauh-jauh tu siapa yang bagi?
Dari kecik dapat belajar, siapa yang bagi?
Kerja dah lah sektor awam..mana dapat gaji tu?

Begitu banyak soalan yang boleh ditanya kononnya untuk menguji tahap bersyukur kita. Saya cukup risau sekiranya terdetik syukur dan terima kasih saya itu bukan kepada Pemberi Rezeki seluruh alam. Saya cukup gusar sekiranya pengharapan rezeki kita adalah selain Yang Maha Esa.

Pusinglah ke kanan dan ke kiri. Dongaklah ke atas dan tunduklah ke bawah. Subhanallah betapa banyak nikmat yang Allah berikan pada kita. Perut lapar, pergi dapur, ada makanan. Nikmat dan rezeki, tak putus-putus Allah berikan pada kita. Bersyukur juga kepada Pencipta Kita kerana masih dikurniakan nikmat kepada negara kita melalui pelbagai cara. Namun, insaflah diri kita semula kerana Yang Memberi boleh menarik pemberiannya pada bila-bila masa saja. Adakah apabila nikmat ini ditarik balik, baru kita mahu merasa betapa kerdilnya diri kita?

Adakah kita bersyukur pada Allah dengan mengetepikan cara hidup yang Allah tentukan pada kita? Adakah kita bersyukur dengan menjauhkan diri kita dari Al Quran yang Allah hadiahkan pada kita sebagai manual hidup kita? Bersyukurkah kita pada Allah apabila kita menerima ketidak adilan yang berluasa di tempat kita sekarang? Bersyukurkah kita apabila kita menolak pemerintahan yang berlandaskan Islam?

Lihatlah sejarah. Adakah jatuh sesuatu kerajaan apabila ia benar-benar menegakkan hukum Allah? Maaf kata, saya merasakan di kalangan kita sendiri ramai yang buta sejarah. Maklumlah sejarah dipelajari untuk mengejar “A” semata-mata, bukan melalui hati, bukan untuk diinsafi.

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.  Ghaafir (40:21)

Saya merindui pemerintahan pada zaman Rasulullah dan zaman Khilafah. Saya merindui gemilangnya “kerajaan Islam” kerana islam, bukan kerana material sehingga mengetepikan islam.

Sebagai rakyat biasa, saya mempunyai harapan untuk melihat sistem pilihanraya Malaysia bertambah baik, sejajar dengan misi kita,  ke arah negara maju. Maju bukan hanya dari sudut materialism tetapi juga maju dari sahsiah, pemikiran, dan pembentukan diri. Tidak saya temui di mana salahnya tuntutan Bersih 2.0 . Semua tuntutan itu adalah untuk penambahbaikan sistem pilihan raya di negara kita. Kenapa kita perlu menolak sesuatu cadangan yang bertujuan mencantikkan dan memajukan sesuatu sistem?

Sekiranya anda belum mengetahui apakah Bersih 2.0 sebenar-benarnya, rajin-rajin kan jari jemari tu menaip dan search. Bacalah dari hati, rasionallah dalam berfikir. Buatlah timbang tara dari pelbagai sudut. Ia adalah tuntutan rakyat, bukan hanya tuntutan parti politik tertentu sahaja.

Jumpa lagi inshaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress