Makanan dan resepi

Resepi: Nasi Kambing Baharat

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Sebenarnya tak tau nak namakan resepi ni, tapi sebab guna spice Kuzuet Baharat, maka makanan ni dinamakan Nasi Kambing Baharat. Mula-mula nak masak benda lain, tapi tak jumpa Allspice, beli je Baharat ni, dan hentam saja masak. Yang penting, sedap..hihi

Kuzuet Baharat ni campuran pelbagai jenis rempah macam lada hitam, kulit kayu manis, ketumbar,jintan, mustard, rosmarin, paprika, dan banyak lagi. Mix spices ni sangat sesuai dijadikan perasa kambing (marinade atau apa² jelah).

Bahan-bahan (untuk 2 orang):

  • 200 gm kambing dipotong besar
  • olive oil (atau apa² jenis minyak)
  • 1/2 bawang besar dipotong dadu
  • 4 bawang putih dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil Kuzuet Baharat (atau Baharat)
  • serbuk cili
  • 1 1/2 cawan beras
  • garam
  • gula
  • sedikit susu
  • cili padi (utk nak makan pedas)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sekejap
  2. Masukkan kambing dan biar sehingga separa masak
  3. Masukkan semua rempah (serbuk kayu manis+ Baharat+serbuk cili) , gula dan garam.
  4. Masukkan air dan biar hingga daging hampir lembut
  5. Masukkan beras, susu dan cili padi. Biar sehingga masak
Memang masak ni sangat mudah, tak leceh, cepat dan yang penting, sedap. Saya dengan en.hubby memang suka masakan² yang macam ni.
Ok, itu saja perkongsian resepi kali ni. (Dah lama sangat tak kongsi resepi). Jumpa lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress