Kehidupan

Alhamdulillah, Selesai

Bismillah
Assalamualaikum wbt.

Hari ni memang patut saya nukilkan dalam blog ni, sebab hari ni sangat bersejarah. hihi.

Tadi memang berdebar-debar menunggu Kolloquium (Viva). Jam 13:00 Prof 1 belum sampai. Cuak juga. 15 minit lepas tu, Prof 2 sampai. Jadi setup laptop dan beamer, tunggu Prof 1 sampai. Merata cari dan call tapi tak jumpa. Dah 13:40 Prof 2 cakap, kena tukar tarikh Kolloquium sebab dia dah tak boleh buat apa. Masa tu memang kecewa sangat sebab nak set tarikh baru, paling awal next week dan perlu hantar borang baru. Tapi dah tak boleh kata apa sebab Prof 1 tu tak sampai.

So Prof 2 pon check bila dia free dan sebagainya. Dengan hati yang pasrah, tutup balik laptop dan beamer, cabut semua wayar. Tiba-tiba Prof 1 tu muncul depan pintu. Waktu tu “Waaaa, Alhamdulillah, syukur sangat2 sebab dia sampai sebelum kami keluar dari bilik tu”. Rupanya dia tersilap masa. Tapi tak kesahlah, asalkan Viva berjalan dan sebab dah lama sangat tunggu,perasaan berdebar tu hilang terus. hihi.

Habis je Kolloquium tu, lega yang amat. Result pon dapat 5 minit selepas tu. Alhamdulillah, hanya kepada Allah kita berserah.

Banyak perlu di settlekan dalam masa terdekat. Tak tau nak start dari mana.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress