Kehidupan Makanan otak dan rohani

Hikmah di sebalik dugaan

Bismillah
Assalamualaikum wbt.

Mode sekarang: Stuck masa nak siapkan thesis writing…huhu…nak hantar lagi beberapa hari je.

Jadi sementara tu, nak kongsi sedikit pengalaman hidup yang tak seberapa ni. Saya pernah diduga dengan hebat beberapa tahun yang lepas. Masa tu jalan hidup saya gelap, tak nampak arah tuju. Semua tu bermula lepas gagal dalam exam. Selama di Malaysia, gagal peperiksaan penting tu tiada dalam kamus, dengan erti kata lain, tak pernah. Tiba2 kat sini, gagal tu dah jadi perkara normal pulak (bukan Malaysian saja, orang Jerman sekali). Sangat susah nak terima.

Lagi susah bila satu peperiksaan tu kita gagal berulang. Memang terasa berat sangat bahu nak menempuh semester seterusnya. Lama2 saya sangat benci major yang saya ambil pada masa tu. Target saya , habiskan belajar, balik Malaysia, tak nak kerja. hihih sampai macam tu sekali. Hari2 berlalu dengan kosong.

Sehingga ada satu paper tu saya gagal lagi (paper ni 90% student gagal). Pernah je 100% student yang gagal subjek ni. Jadi jangan buat muka pelik ya 🙂 Disebabkan itu saya terpaksa memilih untuk bertukar kepada bachelor  atau masih dalam diplom dan bertukar kepada major yang lain. Lama saya berfikir, ada pro and cons. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tetap berada dalam diplom dan cuba major yang baru. Kemungkinan ada jalan baru yang Allah sediakan, kepada Allah saya berserah. Oh ye, diplom tu tak sama dengan diploma ya, walaupon beza huruf  ‘a’ saja….hihihi

Bermula dengan azam baru, hidup baru, semangat saya bangkit semula. Jalan di hadapan kembali bercahaya. Lama2 saya sedar, major ni sangat sesuai dengan diri saya. Banyak juga perkara yang Allah permudahkan, tak perlu buat lab, tak perlu ambil beberapa paper. Semua exam yang diambil juga lulus, Alhamdulillah.

Kemudian saya start thesis yang tajuknya diberi oleh professor. Makin lama buat thesis ni, makin saya suka sebab itulah pertama kalinya saya betul2 paham apa yang saya buat sepanjang saya belajar. Tak dinafikan memang selalu je stress bila berhari2 buat, result tak dapat tapi sekurang2nya saya suka dengan apa yang saya buat.

Bila difikir2, mungkin inilah hikmah disebalik dugaan bertahun2 yang saya tempuh di sini. Pertolongan Allah itu sangat dekat. Walaupon pahit bila kita dengar ungkapan “Pasti ada hikmah di sebaliknya” tapi yakinlah apa saja yang Allah duga, ada sebabnya yang sukar untuk kita fikirkan.

Doakan saya supaya dapat siapkan thesis dengan baik .. Jumpa lagi InshaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress