Objektif Thesis

Bismillah
Assalamualaikum wbt.

Sepanjang saya plan thesis dan menulis code programming ni sangat banyak yang saya belajar.

Apa yang saya buat?
– Software yang di integrate menggunakan 2 languange.
Tujuan software?
– Satu aplikasi untuk memudahkan manusia manage SSL certificates.
Features?
– Macam2 lah, contoh buat SSL certificate, update dan sebagainya.
Requirement?
– Unix-32 bits, beberapa software yang perlu diinstall terlebih dahulu, dan sebagainya.
Kalau yang first time user, nak tau macam mana semua benda2 kat atas tu?
– Ada README dalam CD tu.
Macam mana nak tau flow program tu?
– Ada thesis report.

Bila saya jumpa Prof untuk update progress dan sebagainya, of course saya yang perlu cerita macam mana benda ni berfungsi, apa yang diperlukan dan sebagainya. Bila ada masalah tak boleh run program, Prof akan tanya saya sebab yang research and buat program tu adalah saya, kan. Takkan Prof nak tanya orang lain..hihi

Begitulah juga kita,mengikut logik akal, tak mungkin kita ni terjadi dengan sendiri. Pasti ada yang mencipta dan kita yakin Allah lah pencipta kita.

Namun pernah tak kita tanya diri sendiri apa tujuan kita diciptakan? Apa fungsi kita sebagai manusia? Ke mana hala tuju kita? Kalau dalam mencipta sesuatu sistem dan produk, kita begitu berhati2, research dibuat dengan teliti tapi sayang sekiranya kita jarang berfikir untuk diri sendiri.

Sekiranya ada yang nak guna software yang saya buat tu tapi tak pasti nak mula dan guna macam mana, dia pasti akan baca README dulu dan manual. Begitu jugalah kita, Allah tak biarkan kita terkontang kanting di dunia ni,  ada manual hidup yang Allah dah sediakan. Dalam tu semua persoalan2 kat atas tu Allah dah terangkan pada kita, tinggal kita je samada nak baca, selidik, ambil pengajaran atau nak buat “tak kisah” je seolah-olah kita ni lebih pakar.

Allah tekankan kat kita bahawa setiap benda yang Allah jadikan tu bukan sia-sia, pasti ada sebab dan fungsinya.

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan pada Kami? Al-Mu’minun (23:115)

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya. Al-Isra’ (17:36).

Bila Allah katakan anggota diri kita akan diadili di akhirat nanti, maknanya setiap anggota ni ada tanggungajawab tersendiri dan kita, pemegang amanah kepada anggota² tersebut memang betul² kena jaga. Jadi dengan anggota yang Allah kurniakan pada kita ni, apa yang patut kita buat sebenarnya?  Atau soalan yang lebih utama, apa tujuan hidup kita ni kerana dari situ baru kita tahu apa sebenarnya yang perlu dibuat dengan nikmat anggota yang Allah berikan.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. Az-Zariyat (51:56)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi“. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.  Al-Baqarah (2:30) .

Dari 2 ayat ni, dinyatakan 2 tujuan hidup kita iaitu beribadah dan menjadi khalifah. Menarik sangat ayat 56 surah Az-Zariyat tu sebab Allah cakap, Dia tak cipta kita, melainkan untuk beribadah. Macam kalau mak kita cakap, “angah takleh keluar rumah, kecuali nak ke sekolah”. Maknanya everything yang kita buat tu sepatutnya adalah ibadah sebab ibadah bukan hanya meliputi solat, puasa, zakat kan. Senyum, buat baik pada orang, belajar, bekerja pon boleh jadi ibadah kalau kena pada caranya. Indah kan Islam ni?.

Yang kedua, sebagai khalifah. Dulu² selalu ingat yang khalifah tu adalah ketua, pentadbir, jadi peliklah macammana semua nak jadi khalifah kan. Tapi bila diluaskan konteksnya, khalifah lebih kepada orang yang menyeru amar makruf, nahi munkar, jadi semua orang sepatunya boleh buat perkara ni. Ajak perkara yang baik dan nasihat perkara yang tak elok tu tak perlu dibayangkan jauh-jauh sebab disekeliling kita ada kawan-kawan dan keluarga kan.

Bila kita tahu apa tujuan hidup kita sebenar, barulah tak terasa kosong hidup ni. Tujuan hidup ni bukan sesuatu yang sesetengah manusia tetapkan, tetapi ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Selain dari itu, kita perlu menyoal diri sendiri, apa matlamat hidup kita, ke mana kita nak pergi sebenarnya sebab kita semua pon dah tahu yang hidup bukan berakhir dengan mati. Bila kita tahu dan paham persoalan tujuan dan matlamat kita, dari situ kita akan plan hidup sebaik mungkin untuk mencapai dua perkara di atas seperti mana projek software tadi hanya boleh dibuat  dengan baik setelah diketahui apa yang nak dicapai dari aplikasi tersebut.

InshaAllah akan bersambung nanti.

Jumpa lagi 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!