Ikan di Enschede

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Setelah beberapa tahun berada di Jerman ni, sampai juga saya di Enschede, Netherland. Memang teringin sangat nak rasa ikan yang popular kat pasar sana. Ok, Enschede ni betul2 di sempadan Jerman, 40 minit dari Steinfurt. Tiket train pon tak perlu beli, tu yang best pergi sana.

Inilah ikan yang sangat sedap. Kat Jerman memang tak pernah jumpa ikan sesedap ni tau, murah pulak tu. Seafood yang lain pon sedap juga tapi disebabkan saya ni memang penggemar ikan dari kecik, maka ikan lah yang saya rasa paling sedap. Sos pon superb. Tapi gambar terlupa nak ambil sebab tak sabar-sabar nak makan. Ohh, sekarang pon dah rindu-rinduan kat ikan Enschede ni.

Ok, kat bawah ni pula gambar-gambar sekitar pasar.

 

Segala jenis sayuran dan buahan memang segar dan murah. Buah Kaki tu kami semua borong sakan. Manis sangat. Besar sungguh nikmat yang Allah kurniakan pada hamba-Nya.

 

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) . Al-Baqarah (2:22)

Wahh, tengok ikan-ikan ni memang terliur. Mula lah terbayang kari kepala ikan, asam pedas, masak lemak lah. huhu.

Ok, jumpa lagi inshaAllah.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!