Kerdilnya Kita

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Autumn pada saya musim yang paling cantik antara 4 musim sebab masa ni alam diindahkan dengan daun-daun berwarna kuning, gold dan merah.

Ini pemandangan tepi tasik di Steinfurt, Germany. Saya memang suka sangat pokok berdaun merah. Dia macam penyeri musim autumn.

Kecilnya kita jika dibandingkan dengan pokok tu. Pokok yang sebesar tu tak pernah sombong pada Allah, sentiasa berzikir, sentiasa memberi manfaat pada manusia. Selama mana pokok tu hidup, selama tu juga dia beribadah pada Allah. Kita pula macam mana ya?

Pemandangan yang masih menghijau. Subhanallah, sungguh indah setiap penciptaan Allah, tiada cacat celanya.

Jumpa lagi, inshaAllah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!