Rezeki tak disangka

Bismillah
Assalamualaikum wbt

 

Agak² gambar ni dari mana? dewan? rumah orang? hihi

Minggu lepas jalan-jalan di Osnabrück (akhirnya sampai juga di sana). Tiba saja sana, fikir nak solat zohor, mula² nak balik rumah kawan, tapi fikirsemula alang-alang tu, singgah masjid sajalah. Masa tu ada sister dan budak² dan sister tu ajak kami makan kat masjid pukul 5 ptg sempena iftar Puasa Arafah dan ada sambutan hari jadi budak. Wahh memang rezeki tu Allah bagi tanpa kita sangka².

So lepas tu kami jalan-jalan window shopping, dah lama tak hang out macam ni, rasa seronok sangat. Dah dekat maghrib tu kami patah balik ke masjid. Buka pintu je, “Wahh meriahnya dengan belon, decoration semua.”

 

Inilah keadaan ruang solat perempuan. Memang penuh hiasan. Makanan pon sedap sangat. Inilah bezanya masjid di sini berbanding di Malaysia. Agak² kalau kat Malaysia kita buat macam ni, kena marah tak? Tak pernah lagi dengar orang sambut birthday kat masjid.

Di Jerman, saya boleh melihat masjid berfungsi sepenuhnya dan budak² kecil memang penuh kat masjid. Di hujung tu ada ruang bermain, dalam tu ada tilam dan penuh dengan alat mainan. Bila ada event macam ni, memang ramai sangat budak² berlari ke sana ke mari, tapi takde siapa pon yang marah. Nama pon budak, mana reti nak diam.

Di masjid juga diadakan kelas belajar Quran, bahasa, subjek² lain dan banyak lagi. Di Köln pernah saya pergi satu masjid tu, ada kelas belajar taekwondo. “Kelasss betul!” Masjid bukan menjadi tempat yang asing untuk budak², sebab tu diorang suka berkumpul sana.

Walaupon ada macam² benda dibuat dalam masjid, kebersihan masjid sentiasa terjaga. Carpet sentiasa di vakum, toilet tip top, dapur bersih. Suka sangat tengok sisters berkumpul di masjid, bawak anak² sekali.

Ok, jumpa lagi inshaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!