Barang hilang :(

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Sejak sampai Malaysia, baru sekarang ada mood nak update blog ni. Maklumlah nak adapt balik dengan keadaan Malaysia. Satu hari selepas sampai di Malaysia, kami balik Ganu, jumpa baba n mama. Rindu dan gembira sangat sebab kali ni balik dengan hati yang tenang, tak perlu fikir pasal Diplom dah ­čÖé

Beberapa hari sebelum balik Malaysia tu memang penat sangat selesaikan rumah. Nasib baik ada Peja, Hakim, Amir yang ambik semua barang┬▓ dalam rumah tu. Bila di fikir balik, tak sangka boleh kosongkan dan bersihkan rumah tu seperti yang dikehendaki dan Alhamdulillah tak kena bayar apa┬▓.

Terima kasih pada adik┬▓ serta kawan┬▓ yang bersama┬▓ pada hari terakhir di Deutschland. Itu memang kenangan yang sangat best. Masa dah nak fly tu, tak tau nak gambarkan perasaan sebab rasa macam tak percaya lagi. Tapi bila dah nak tak off, rasa sayu sangat mengenangkan beberapa tahun yang penuh dugaan dan kemanisan sepanjang di Deutschland. Alhamdulillah fasa tersebut sudah selesai, perlu berdepan dengan fasa baru pula.

Oh, pasal barang hilang ni…..
Sebelum balik tu, saya ambil keputusan untuk pos 1 kotak besar saja, guna DHL sebab barang tu tak begitu banyak dan kalau nak beli barang baru, bajet pon takde sangat. Guna DHL ni saya rasa paling selamat sebab sampai cepat walaupon tak dinafikan ada risiko juga. Lepas 1 minggu, bungkusan pon sampai dan kotak tu dah dibuka pihak kastam. Bila di check, macam tak padat je sebab masa saya susun tu memang gunakan ruang sepenuhnya. Barang dah berselerak. Hati saya rasa macam ada sesuatu yang kurang dan selepas beberapa minit, ” Waaaa mainan Areena hilang!!!” ┬á. Memang kosong sikit lah bungkusan tanpa mainan tu sebab kotak mainan tu besar. Memang sedih sangat masa tu dan saya tak pasti kalau ada barang lain yang hilang. Mainan tu hilang kemungkinan semasa berada pada pihak kastam ataupon pos malaysia. Barang dah hilang, nak tuduh pon tak boleh tapi walau apa pon, sekiranya barang tu dicuri, saya sedih dengan sikap tidak jujur pihak yang melakukannya. Sekiranya barang tersebut terjatuh atau tertinggal, saya juga kesal dengan sikap lalai semasa melakukan tugas.

Apa sahaja yang kita lakukan, insaflah kerana kita sentiasa diperhati oleh Yang Maha Kuasa.

Ok itu saja setakat ni.
Jumpa lagi, InshaAllah

 

One thought on “Barang hilang :(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!