Mimpi Lagi

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Dah dekat sebulan saya berada di Malaysia. Kadang² macam tak sangka kali ni bukan balik untuk bercuti. Maklumlah, rutinnya bila balik Malaysia, mesti duk hitung² berapa hari lagi cuti.

Selama sebulan ni juga, beberapa kali saya mimpi yang saya ni masih kat Jerman. Yang pertama mimpi ada paper lagi yang belum habis. Kedua mimpi rumah belum habis kemas, tinggal beberapa jam saja lagi flight. Pastu penat nak kosongkan rumah dan nak kejar train ke Frankfurt pulak. Berpeluh² dibuatnya. Yang ketiga, mimpi ada satu paper elektif tak sempat ambil sebab tersilap tengok jadual. Pastu tak prepare apa² pulak tu. Disebabkan ada satu paper lagi, kena extend 1 sem nak tunggu next paper. Tak dapat bayangkan perasaan masa tu, berpeluh² dibuatnya.

Buka saja mata, tengok sekeliling, “Ohh, aku dah kat Malaysia… abaikan semua benda merepek tu… takpe, dah habis dah”.. Setiap kali mimpi macam tu, bila buka mata je mesti bersyukur sebab benda tu hanya mainan tidur. Huhuhu. Mungkin sebab lama sangat kat Jerman, ditambah dengan macam² dugaan, tu yang jadi macam tu.

OK, jumpa lagi insyaAllah 🙂

One thought on “Mimpi Lagi

  1. syuhada

    salam,
    kak huda risau sangat ni..
    dah balik Malaysia pun masih risau..
    just bertenang and bersyukur akak dah selesai semua itu

    doakan saya pula ya

    miss u sis<3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!