Penang: Taman Negara Pulau Pinang, Pantai Kerachut

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Setiap weekend kami cuba merehatkan badan dan minda dengan berekreasi di taman, menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Selalunya dalam 1 jam saja. 2 minggu lepas kami teringin nak jungle trekking kat Taman Negara Pulau Pinang pulak.

Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang, 45 minit dari rumah menaiki kereta. Jauh jugalah, tapi semangat punya pasal, pagi² dah bertolak ke sana, bawa roti sikit dan minuman. Masuk taman ni percuma saja. Untuk permulaan, kami pilih trek Pantai Kerachut, antara yang agak jauh lah jugak.

Taman Negara Pulau Pinang

Ini pemandangan jeti yang diambil setelah beberapa minit perjalanan ke dalam Taman Negara Penang. Memang sangat mendamaikan bila pagi² tengok sampan bergerak² di permukaan air yang tenang.

Jambatan Pasir Pandak, Taman Negara Pulau Pinang

Pasir Pandak, Taman Negara Pulau Pinang

Pasir Pandak, Taman Negara Pulau Pinang

Pasir Pandak, Taman Negara Pulau Pinang

Setelah beberapa minit perjalanan, sampailah kami di Pasir Pandak. Kat situ banyak ketam, memang ralit dok perhati ketam² tu melarikan diri masuk ke rumah.

Trek, Taman Negara Pulau Pinang

Trek, Taman Negara Pulau Pinang

Inilah persimpangan arah perjalanan. Jauh lagi nak ke Pantai Kerachut, dalam 3 km.

Jungle Trekking, Taman Negara Pulau Pinang

Banyak sangat tempat² macam ni di sepanjang jalan ke Pantai Kerachut tapi penat yang amat mendaki dan menuruni bukit. Airnya pula Subhanallah, sejuk sangat, bila kena muka je hilang sikit rasa penat tu.

Jungle Trekking, Taman Negara Pulau Pinang

Laluan ke Pantai Kerachut yang menurut orang² setempat, ianya dikorek untuk memudahkan laluan kerbau untuk menarik kayu balak.

Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

Setelah berjalan 3 km lebih  selama 1 jam setengah, sampailah kami di Pantai Kerachut.

Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

Tapi disebabkan teruja nak mandi pantai, gmbar pantai tak terambil pula. Best sangat mandi sini sebab orang pon tak ramai. Tapi bila dah tengahari makin ramai yang sampai. Dekat pukul 12 tengahari, kami pon balik. Memang penat sangat tapi berbaloi. Muka pon sunburn yang amat teruk. huhu

Tips saya kalau nak ke Pantai Kerachut ni, pergi awal² pagi sebab orang belum ramai. Bawak makanan dan air secukupnya. Sunblock and topi juga penting. Kasut mesti sesuai untuk trekking, kalau tidak koyak kasut tu dan kaki pon sakit.

Pada sesiapa yang nak guna servis bot, ada juga disediakan. Satu bot RM200 untuk pergi dan balik, kalau ramai² berbaloi lah jugak. Selain mandi, Pantai Kerachut ni juga sesuai untuk camping dan ada disediakan tandas serta tempat sidai baju.

OK, inshaAllah jumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!