Kehidupan

Selidiklah Kebenarannya

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Berada di tanah air sendiri, kadang² terasa lemas dengan berita² yang dihidangkan tanpa kesahihan, malah lebih buruk, sengaja diputar belit. Perkara ini menjadi semakin rancak tahun ini memandangkan PRU semakin hampir, seolah² ianya satu pesta pula.

Kadang² saya buka cerita dongeng @ buletin utama untuk mendengar sendiri apa yang dibacakan oleh pemberita. Selama ini saya hanya mendengar yang rata² sudah naik menyampah dengan berita yang disiarkan. Tapi saya tidak boleh menerima sepenuhnya tanpa mendengar sendiri.

Setelah mendengar sendiri, ternyata terlalu banyak berita yang diubahsuai supaya nampak teruk, jahat dan keji. Tiada lagi professionalism dalam menyampaikan berita. Ulasan² sengaja dipotong. Lebih teruk apabila berita yang tidak sahih diulas pula oleh orang lain dan disebar2 tanpa ada perasaan takut dalam hati. Semoga kita terhindar dari golongan sebegini.

Tidak kira samada bahannya dari berita TV atau online atau surat khabar, selidiklah dulu setakat termampu sebelum dikongsi dengan orang lain. Jadilah penerima yang bijak, tidak mudah menerima apa saja yang disajikan. Sekarang terdapat banyak sangat sumber² yang boleh dijadikan perbandingan untuk mencari kebenaran.

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. Al-Hujurat (49:6)

Semoga bertemu lagi, InsyaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress