Kembali semula

Salam semua,

Wah² dah lama sangat membiarkan blog ni terkapai². Sepanjang masa tu banyak perkara yang terjadi sehingga menyebabkan saya hilang mood untuk buat macam² termasuklah update blog. Bila ada mood sikit, admin site pulak takleh masuk, jadi mood tadi tu pon hilang semula sementara nak menunggu big boss betulkan. So sekarang ni banyak lah pulak benda kena edit. Takpe, buat slow².

Semasa proses nak kembalikan mood dulu, macam² yang saya cuba explore dan akhirnya saya jatuh cinta dengan craft yang sangat best. “Felt” . Dulu² kat Jerman tak teringin langsung nak buat benda ni. Ok, felt ni nama fabrik dan pada saya ianya pelengkap kepada jahitan manik dan sulam yang saya belajar dulu². Nak jahit manik dan sulam ni perlukan fabrik dan sampai satu tahap, dah tak tahu nak guna kain apa. Tapi dengan felt ni macam² boleh buat.

Inilah hasil pertama saya . Buku baby. Mula² dah buat projek yang agak complicated sebab terlebih excited membayangkan buku² baby yang berlambak kat kedai di Jerman tapi harganya wow!!. hihi.

Satu lagi, saya teringin sangat nak capai impian bertahun² iaitu menjahit menggunakan mesin jahit sebab selama ni saya takut nak guna mesin jahit, selalu patahkan jarum. Teringin nak buat projek² kecil dan insyaAllah bila ada peluang, nak jugak pergi kelas menjahit, sekurangnya bolehlah jahit blouse.

Jadi sempena besday baru² ni, saya dapat hadiah ni:

Dah ada singer 2250 ni kena rajinlah fikir projek² yang nak dibuat.

Insya Allah dalam masa terdekat saya akan buat blog baru untuk letakkan hasil² jahitan dan craft saya supaya lebih teratur. Manalah tahu, nanti² nak ambil tempahan pulak kan. Doakan supaya usaha ni berpanjangan. Amin

Jumpa lagi 🙂

One thought on “Kembali semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!