Perak: Jalan-jalan di Ipoh

Bismillah
Salam wbt

Weekend lepas, dari Taiping kami terus ke Ipoh dan stay 1 malam di Hotel Impiana. Hotel ni 4 star dan harga yang kami dapat RM160 semalam tanpa breakfast. Lokasi pon senang nak jumpa.

Petangnya kami ke Taman Jepun yang terletak di Jalan Raja Dihilir. Taman Jepun ni sunyi je dan bila masuk, owh sangat mengecewakan [3 gambar teratas]. Taman ni macam tak terjaga jadi dah tak macam taman jepun. Jadi kami kat situ cuma 5 minit sebelum ke Taman Rekreasi  D.R.Seenivasagam [9 gambar seterusnya].

Ramai sangat orang di Taman Rekreasi  D.R.Seenivasagam sebab kat sana macam² aktiviti yang boleh dibuat. Ada laluan lalu lintas untuk budak² main, padang bola, taman permainan dan taman bersantai². Rupa-rupanya kat sini lah ada satu lagi taman jepun yang memang terjaga, cantik dan mendamaikan. Disebabkan hujan, kami pon jalan-jalan cari makan pula, tapi esok pagi tu pergi lagi taman ni, berjalan-jalan memanaskan badan.

Malamnya kami makan mee rebus ramli yang dikatakan femes kat Ipoh. Punyalah jauh nak pergi sebab letaknya di 767, Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Tapi rasa memang tidak mengecewakan. Selain mee rebus, ada juga makanan lain macam nasi ayam, chicken chop, lamb chop. Harga ok, dan kemungkinan juga sedap sebab ramai yang makan. Mula² nak order 1 lamb chop, tapi kena tunggu setengah jam pulak sebab ramai yang order.

Malamnya kami ronda² sekejap di sekitar bandar Ipoh. Nak pergi Gerbang Malam yang femes tu, tapi tengok dari luar macam pasar malam biasa saja. Kepala pon dah serabut sebab jalan raya kat Ipoh ni memeningkan. Semua one way, jadi bila tersalah jalan pening nak patah balik. Pusing² sekitar Gerbang Malam, terjumpa Restoran Mee Rebus Ramli. Wah punyalah jauh kami makan, rupanya dalam bandar Ipoh pon ada restoran ni. Dah penat, balik hotel dan berehat.

Pagi esoknya kami makan di pasar besar Ipoh. Makanan sama je kat mana² tapi roti canai dan nasi lemak nya memang sangat mantap. Susah nak jumpa yang rasa macam tu tau. Walaupon makan menu yang sama, kami puas hati.

Tengahari kami bertolak ke Kuala Kangsar. 

Jumpa lagi inshaAllah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!