Perak: Taman Tasik Taiping

Bismillah
Salam wbt

Weekend lepas kami berpeluang ke Taiping untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin rakan. Penang ke Taiping cuma 1 jam lebih. Jadi sebelum ke majlis, kami singgah di Taman Tasik Taiping. Majlis pon sebenarnya dekat saja dengan tasik tu. Taman Tasik Taiping ni letaknya bersebelahan dengan Zoo Taiping, jadi senang saja nak jumpa.

Taman Tasik Taiping ni sangat mendamaikan. Tengahari yang panas pon dah ramai pengunjung bersantai. Teringin jugak nak naik bot beroda tu, kali terakhir naik tak ingat dah berapa tahun yang lepas.

Harga sewa untuk setengah jam:
Bot beroda (2 org) : RM10.00
Bot kayak (2 org) : RM10.00
Bot (4 org): RM20.00
Bot ramai² : RM4.00 seorang

Memang puas hati naik bot ni walaupon dalam keadaan cuaca panas terik. Lepas tu terus makan nasi kenduri 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!