Terengganu: Pantai Kuala Abang

Pantai Kuala Abang ni sangat sesuai untuk mandi manda seisi keluarga. Budak² kecil pon sesuai mandi, ombaknya tak kuat disebabkan banyak batu² besar dan pantainya agak landai. Sangat berbeza dengan pantai di Teluk Gadong.

Pantai ni senang je nak jumpa sebab berdekatan simpang masuk ke SMKAKA, cuma kat sini takde kemudahan asas seperti toilet atau tempat salin baju. Tapi kalau nak buat family gathering yang simple, nak mandi berjam², memang sangat best. Cuma kena pandai²lah nak tukar baju lepas dah mandi tu. Kalau ada khemah, best jugak.

Sesungguhnya banyak sangat nikmat tak ternilai yang Allah hamparkan kepada hamba²Nya. Nak tenangkan diri, pergi saja pantai menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!