Oh Buku!!

Bismillah
Salam wbt.

Saya sangat suka buku dan majalah┬▓ yang positif sampaikan setiap bulan saya pastikan ada buku baru atas rak. Satu lagi tabiat saya, semua buku akan dibalut rapi supaya lebih kemas dan tahan lama. Senang nak kenal hal milik sendiri ­čÖé .

Masa kecik┬▓, mama n baba selalu beli buku kanak┬▓ macam kisah Nabi, buku┬▓ karangan Enid Blyton. Buku┬▓ sampai lerai sebab 7 adik beradik duk baca. Alhamdulillah baba n mama tak pernah sediakan majalah┬▓ mengarut macam mangga, urtv dan seangkatan dengannya. Sampai sekarang, tak pernah duit dibazirkan untuk semua tu. Tapi komik┬▓ tu beli jugak walaupon dilarang…hihihi.

Bila dah masuk tingkatan, fokus baca buku untuk lulus peperiksaan saja dan tabiat tu berlarutan sampai preparation sebelum ke Jerman. Memang buku┬▓ lain tak baca sangat, teruk betul.. Jadi sebab bertahun┬▓ terbiasa macam tu, susah nak tanamkan balik minat membaca. Yelah, masa sekolah, membaca tu jadi sesuatu yang terpaksa pulak.

Sampai di Jerman, ada banyak perkara menarik yang ditemui. Sepanjang menetap di Jerman, banyak masa diperuntukkan dalam bas dan train.

Kalau pagi┬▓ naik train, memang boleh tengok ramai sangat yang baca surat khabar. Tak pon novel atau magazine. Bila petang┬▓ atau weekend selalunya satu family akan merantau, masa tu boleh tengok budak┬▓ kecil baca buku. Selain dari buku, diorang suka buat puzzle, sudoku ke dan seangkatan dengannya.

Bila terbiasa tengok situasi macam ni, lama┬▓ saya sentiasa bawa bahan bacaan ke mana┬▓ sebab terasa janggal sangat bila duduk saja┬▓ tak buat apa. Alhamdulillah lama┬▓ minat membaca tu datang kembali dan saya mula membeli buku┬▓ ilmiah. Sedikit demi sedikit, cara berfikir menjadi lebih matang dan pandangan menjadi lebih luas. Semakin banyak ilmu diserap dan boleh dikongsi dengan orang lain. Mungkin kerana ingin mendapat lebih banyak ilmu, saya jadi addicted pada buku…hihihi tapi takpe, sesuatu yang baik.

Sumber: WDR

Di Jerman, library boleh ditemui merata┬▓ dalam satu bandar dan selalunya ramai pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Berlainan sama sekali dengan Malaysia, hanya perpustakaan besar yang ramai. Kadang┬▓ saya ke library tepi rumah, bersantai┬▓ membaca magazine. Seronok bersantai kat library sebab selesa tambah┬▓ bila musim sejuk, library lebih panas dari dalam rumah ­čÖé

Bila musim panas pula, ramai orang berpicnic kat taman┬▓. Disamping makan┬▓, borak┬▓, main┬▓, ramai juga bersantai membaca buku. Oh ye, orang Jerman tak kita peringkat umur memang sangat suka berjalan┬▓ tepi tasik, tepi sungai dan di taman┬▓. Hari Sabtu dan Ahad memang penuh diorang kat sana.

Satu teladan yang sangat bermakna saya peroleh bila tengok muslim kat Jerman baca Quran dalam train dan di stesen bas/train. Walaupon tak begitu ramai yang buat tapi suasana tu cukup menginsafkan diri ini bahawa Quran bukan hanya perlu dibaca di masjid/surau/rumah malah sangat digalakkan dibawa ke mana┬▓ dan bila ada kelapangan, bolehlah baca.

Budaya membaca di Jerman pada saya sesuatu yang unik. Mungkin harga buku yang murah menjadi salah satu pendorong orang Jerman suka membeli dan membaca. Kuasa membeli mereka sangat kuat. Kedai┬▓ buku kat sana juga sangat selesa, boleh rehat┬▓, minum┬▓, macam kat Borders.

Walaupon buku┬▓ di Malaysia boleh dikatakan harganya tak begitu murah, namun jadilah ia sebagai salah satu pelaburan jangka masa panjang kita. Buku┬▓ yang kita beli, inshaAllah boleh diguna pakai oleh orang lain. Kira macam amal jariah juga, bila orang lain mendapat manfaat, inshaAllah pahala pon kita dapat. Moga┬▓ dapat mendidik anak┬▓ untuk suka membaca dan mencari ilmu. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!