Kehidupan

Rindunya Cappuccino Jerman

Salam wbt

Wanginya aroma cappuccino kat Bäckerei (backery), Haupftbahnhof (train station), Kafeteria FH (cafe university). Boleh dikatakan masa kat Jerman, saya dah addicted pada coffee terutamanya cappuccino. Kalau jalan mana² selalunya mesti beli Cappuccino, minum dalam train. Bila penat belajar kat library, pergi Kafe beli secawan.

Ada satu lagi yang saya minum hampir setiap hari, Schoko Cappuccino (gabungan cappuccino dengan choc) . Rasa macam tak lengkap pagi tu kalau tak pekena secawan. Orang Europe memang sangat gemar pada coffee dan coffee diorang memang pahit. Lama² saya terbiasa minum yang pahit², dah tak sedap kalau manis.

Bila balik Malaysia, susah nak jumpa coffee yang sedap, tapi guna nescafe boleh lagi la nak jadi sedap. Tak pon Pearl Cafe yang 2 in 1 (takde gula). Hampir setiap hari juga pekena secawan. Saya sedar je coffee ni tak berapa elok kalau diamalkan, tapi addicted punya pasal.

Namun masa awal kandungan, saya hilang selera pada coffee. Sebenarnya hilang selera pada semua makanan.huhuhu. Lepas beberapa bulan kandungan, teringin jugak nak merasa, tapi setiap kali datang je keinginan tu, saya pujuk diri sendiri jauhkan dari coffee untuk keselamatan kandungan. Banyak kali jugaklah teringin, tup² tanpa disedari sampai kandungan dah masuk 6 bulan ni, saya berjaya tinggalkan coffee. Wahhh, tak sangka sangat.

Tulah, bila kita terdesak, tak sangka kebiasaan yang kita lakukan, boleh pulak ditinggalkan. Jadi sekarang ni minum susu + vico je hari². Ohh ye, saya takleh minum susu tepung macam tu saja, tak lalu. Tapi bila campur dengan vico, rasa macam minum Schoko kat Jerman dulu, dengan syarat jangan tambah benda lain untuk bagi manis.

One comment

  • wid
    July 11, 2012 - 12:34 | Permalink

    salam huda..

    bru tau huda pregnant..
    Alhamdulilah.. ! Tahniah huda!!!

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress